1/31/2013

Yang di tunggu telah tiba

Yes.. dah dapat. 

Kena sensor no phone abang ensem nie kang ramai awek2 yang pakat call pulak



Memang pedih mata.... sungguh pink !!!!



Seperti yang di janji kan... "sign" mahal tu..



OH: Belum baca lagi...

Kena Collect la Pulak

Kali nie OH  Pening pasal pagi nie kena pi collect lak pulak.. barang yang OH beli nie.. Barang apa yang OH beli...



Ialah ialah merupakan Silver Bar.. Benda nie guna untuk Pelaburan jangka panjang anak2 OH. Mana la tau suatu hari nnt silver jugak melambung naik harga mcm emas..

now silver masih dalam harga memang memang memang mampu milik.. Lagi pun x rugi beli silver sebab kalu terdesak boleh jual balik.

Korang kena ubah pemikiran... wang ada emas & perak.. bukan kertas or plastik yang korang dok simpan dalam wallet korang tu..

OH: Beli silver every month cuma RM 100-RM120 per 1 ounce je.. kot x mampu



1/30/2013

Harga Rumah Oh Harga Rumah

Salah siapa ? Kerajaan? Pemaju? Bank? or Pembeli a.k.a pelabur


Wordless Wednesday: Suka Dalam Duka

Suka: Gaji dah masuk...


Duka: RM400 kena cut.. policy company.. katanye.. bulan 3 masuk sekaligus RM1200

OH: Pelik sungguh policy company baru nie..

OH!!! PENING!!! GAJI.....

Ini la .. realiti sapa yang kerja makan gaji.. setiap hujung bulan menunggu bila la.. gaji nak masuk.. boleh dikatakan setiap masa nak check online sama ada gaji dah masuk belum...

Macam OH jugak la.. boleh dikatakan bila free time je buka online bank.. nak tengok kot2 dah masuk..

but OH!!! PENING!!! mana gaji nie...

company  yang sekarang berkerja nie pun belum masuk lagi. ...

Then ingatkan satu lagi company pun dah bayar2. but belum bayar jugak.. ye la.. masih ada pending claim yang belum bayar.. adoi...


OH harap esok masuk la.. ooooiiiiii

OH: tiap2 bulan menunggu bila.. la boleh jadi macam mamat pink nie..





1/29/2013

Tak Sabar nak Menunggu

AsSalam semua

Hari nie OH  dapat seorang lagi customer yang membeli salah satu product yang OH letak di blog OH.. Walaupun bagi OH tak banyak keuntungan dari penjualan barang tersebut but tetap $$$.

Terima kasih kepada customer. InshaAllah esok OH akan pos barang seawal2 nye esok pagi after hantar anak ke nursery...

OH!!! PENING!!!. apa aku nak buat dengan RM50 nie.. ehmm macam nak bayar CC je. but kalu bayar CC burn mcm tu je.. baik OH cari sesuatu barang yang bernilai sikit. 

So godek2 nampaknya OH bercadang mendapatkan buku Mamat Pink nie. sebab now buku dia tengah hot di pasaran. Hope seperti yang dijanjikan mamat pink tu "sign" la dalam buku tu.. mana tau satu hari nnt sign tu bernilai.. ha ha ha..

buku apa yang OH nak beli nie.. walaupun OH dah pernah pi seminar beliau tetap OH rasa ilmu OH terlalu sedikit jika nak dibandingkan ilmu mamat pink yang dah 10 tahun dalam bidang yang beliau suka....  

OH nak jadi kan mamat pink di sebagai mentor OH. Ini la buku yang OH tengah tunggu2..


jika korang berminat boleh dapatkan dari mamat pink disini. Dengar cerita tak jual dipasaran

OH:  memang OH!!! PENING!!! hari nie.. kereta Lancer Oren OH overheat

Betul Ke Simpanan Ar-Rahnu Lebih Untung??

Kali ni OH nak cerita pasal Satu artikel nie..  OH ambek dari salah satu news.

Ini hanya pendapat OH sahaja, tidak ada kena mengena dgn sapa2. terpulang kepada korang sama ada nak beli or nak join..  OH pun melabur dalam emas jugak.. tapi biar la menjadi pelabur yang bijak

ini artikel tersebut. boleh tengok point yang OH tandakan



point No 1 and No 3
modal 30% pastu RM14000 bayar ansuran.
korang perlu tahu bank bagi 6 bulan + 6 bulan. so mean dalam masa setahun korang kena settlekan emas. kalu tidak emas tersebut akan di lelong oleh pihak bank. 

RM14000/12 = RM1166.66 korang kena bayar setiap bulan kepada bank.. larat ke??
ops.. ini belum campur upah simpanan emas untuk setahun tu.. OH rasa hampir 1K jugak untuk upah simpanan . boleh rujuk web bank cara pengiraan upah simpan.. duit lagi hohohoho. Tetapi kenapa di dalam artikel tersebut x cakap pasal upah simpan

mesti ada ckp.. dah cukup tempoh buat la overlapping.. cik abang cik akak.. kalau emas naik  boleh la.. kalu emas naik mcm dalam graf kat bawah tu.. macam mana.. takut2 korang pulak yang kena keluarkan modal lagi.. fikir2 la..


Point No 2
.Di sini terang sudah mengatakan emas tu bukan anda punya tetapi sebalik nye company tu punya, Boleh ke anda pajak emas tetapi emas itu pun bukan hak anda?


Hukum Pembelian Emas Menggunakan Ar Rahnu
Belian emas secara arrahu adalah HARUS dan RIBA (mengikut kaedah )

(kaedah pertama membeli emas dgn duit pajakkan emas sendiri)

HARUS pada syarak jika dipajak emas yg asalnya milik dimana emas yang dipajak adalah milikan 100% kemudian duit itu dibeli emas…ini hukumnya HARUS pada syarak

(kaedah kedua belian emas 35% 65%)

HARAM (RIBA) jika emas yang dipajak adalah bukan 100% milik pemajak…iaitu harga emas ditentukan oleh penjual mengikut nilai marhun dan pembeli hanya perlu membayar 35% dari nilai marhun manakala selebihnya diambil dari pinjaman yg diberikan dari pajakkan emas tadi
hujahnya adalah didalam 1 urusniaga ada boleh ada 1 akad


Sumber:

Bahagian Pengurusan Fatwa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
W.P Putrajaya
No. Tel : 03-8886 4000 03-8886 4000



cuba rujuk dari ustaz nie: http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1008-majlis-fatwa-syarat-halal-bagi-pelaburan-emas.html
dari jakim: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas
ini jugak: http://geng916.com/2011/05/19/


Point No 4
Dimana kenaikan emas berganda sehingga 3 kali ganda. cuba tengok graf nie.. kenaikan emas dari tahun 2011-2012. Tak sampai 1% pun  kenaikan emas..
Pastu dikatakan kenaikan 25%. agak2 la.. dah 2 tahun emas x naik2 bila masa lak naik,, ehmm boleh rujuk graf kat bawahnie..dimana yang dikatakan untung tu.. fikir2 kan




Point 
RM20000 = 100g. tak mahal ke OH rasa paling mahal nie.. cuba korang check price kat company lain
ini harga terkini semasa post nie ditulis
company 100G = RM17768  uikss beza RM2300 tu.


company nie pulak 100G =RM18141 beza RM1859 boleh tahan banyak jugak nie
company nie pulak 100G =RM18700 beza RM1300  boleh dapat 5g emas nie..
so dah nampak lum.. kat mana yang di ckap murah tu...

Satu lagi yang korang semua perlu tahu..

Jika anda membuat pajakan di bank tak kisah la mana2 bank.. record pinjaman anda akan tercatit di dalam CRISS report. Then jika ada gagal menebus emas tersebut.. Record tersebut akan tercatit di dalam CRISS report.. Bila benda nie dah ada korang akan susah untuk membuat apa2 pinjaman kerana ada telah ada bad record. aku rasa part nie x pernah agent nak cerita niie..

Ini hanya dari sudut pandang OH sahaja. terpulang kepada korang nak terima atau tidak

OH: jadi la.. pembeli and pelabur emas yang bijak



Oh my Touch & go

OH!!! PENING!!!.................... kad touch & go OH telah hilang.

OH pun pening mcm mana boleh hilang.. pagi tu mcm biasa la.. kalu OH kerja pagi pi ofis naik tren la.. sebab apa naik tren sebab murah.. kalu nak di bandingkan naik keta.. dengan tol, minyak, and jam lagi better naik tren siap boleh tido lagi


So mcm biasa. kad tu letak dalam poket seluar.. then dah petang baru teringat pasal kad tu.. cari2 tak jumpa.. habis satu beg OH cari memang x jumpa.. Hati dah panas.. sebab dalam kad tu masih ada RM27 hinggit.. Banyak lagi tu.. boleh 4 kali pi ofis tu..

so nie la gambar kad touch & go yang hilang tu

Kad tu bukan setakat guna untuk naik tren je.. kalu pi ofis naik kete memang kad tu digunakan untuk bayar Toll.. So bila x ada card nie time nak bayar Toll memang berjanggut la.. menunggu. OH nie bab2 nak kena menunggu nie yang bikin panas.... 

untuk menghilankan kepanasan jiwa yang sentiasa terbakar setiap kali menunggu nak bayar toll. Hari nie OH beli baru... ha ha ha angkat PLUSMiles kad

then topup RM100.. ehmm baru tadi keluar dari saving RM100 nie dah terbang. 





1/28/2013

Naik Jugak..

Akhirnya setelah  hampir 1 Bulan cuba menaikkan Statistic salah satu blog OH nampaknya berhasil jugak

walaupun blog OH nie tak la.. sebagus blog2 lain yang visitor memang beratus2  setiap hari. but OH tetap berpuas hati dengan peningkatan blog nie..

sapa2 yang belum baca pasal Ahh Turun!!! boleh la click link tu.

so nie statistic terbaru dari salah satu Blog OH


mungkin ada yang kata.." buka blog sendir hari2 memang la naik" .  yes.. memang OH buka blog OH tetapi OH dah setting di sini


terima kasih kepada pembaca blog OH semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat kepada anda semua

OH: tips nak naikkan statistic ialah kena selalu update blog

1/21/2013

Survey yang terbaru dari EnSurvey bernilai RM1.70

As Salam

So adakah anda semua telah membuat survey yang terbaru dari En Survey

Kalau belum apa kata anda settlekan secepat mungkin. ensurvey

Kali nie Survey nie berharga RM1.70




Kena Bayar Parking Pulak


Hari ni OH kena masuk kerja ikut general shift. Mean masuk kul 9 am - 6 pm.

so OH pun mcm biasa la.. kalu masuk pagi nie naik KTM la..
ops bukan motor KTM tu but Keretaapi Tanah Melayu.

But bila sampai kat KTM padang jawa tu pasal banyak kereta beratur lak..

tengok2 dah kena start bayar parking la pulak.

Harga Sekali Masuk RM3.00

ehmmmm so kena buat pengiraan balik nie.. sama ada wajar or tidak OH beli KTM or Ninja 2013

Tol pergi balik : RM 1.20
Tiket KTM pergi balik : RM 7.60
Parking sekali masuk: RM 3.00
Minyak pergi balik Ke KTM: RM 5
total: RM 16.80 sehari..

Kalu naik motor rasa2 minyak baru berapa hinggit je nie. so kena pertimbangkan2 nie..

1/19/2013

Part 4 lazada: Terima Kasih

Part Terakhir pasal Lazada.com.my

Apa yang aku boleh katakan ialah terima kasih lazada kerana korang telah mengotakan janji untuk menghantar barang dalam masa 4-6 hari.

Segala kegusaran and kerisauan OH hilang apabila barang yang di order Selamat tiba di tangan OH sendiri
Mana tak risau ooo item bernilai 2K tu. pastu dengan banyak yang complain pasal service lambat lagi la bertambah takut.

Tetapi lazada telah buktikan kepada OH apa yang diorang janji diorang  telah tunaikan. so nie kotak barang OH terima.



Mungkin OH bernasib baik. Bila OH tengok balik comment dalam banyak blog kebanyakkan semua bulan 6, 7, 8 tahun lepas. maybe masa tu lazada baru nak start so maybe banyak masalah. tak mustahil service mereka sekarang dah ok. 

Tetapi OH tidak menjaminkan apa2 jika barang korang order lambat sampai or x sampai2 terus.. Semua pembelian korang yang tanggung sendiri la.

nie hanya pengalaman OH membeli online dari lazada. Bagi OH jika mereka menghantar barang seperti apa yang diorang janji bagi OH service mereka bagus.

So barang apa yang OH beli dari Lazada nie yang membuatkan OH membuat kronologi. Mana2 yang belum baca boleh kilik link kat bawah tu


Barang yang OH beli merupakan barang bagi menggantikan iphone 3gs OH yang dah binggung tu..So kena la mencari sesuatu bagi menggantikan iphone tu.. rasanye memang janggal bila tiada smart phone kat tangan nie
so mari semua saksi kan.. Walaupun memang OH!!! PENING !!! sebab nak keluarkan 2K tetapi OH puas
hati

ini kotaknya...




dan ini isi di dalam kotak
Samsung Galaxy Note II

Oh my IPHONE 3GS

Dah lama OH nak cerita pasal Iphone nie

nie la iphone yang OH guna selama 2 tahun beli pun dari member tahun 2010.. RM700. Member baru guna 3 bulan tup2 iphone 4G keluar. So member pun nak angkat phone baru.. aku pun masa tu memang tengah mencari phone baru. makluman la..zaman berubah.. kena la.. ubah sikit..




so masa tu kalu nak beli second iphone 3gs pun masih RM1000 ke atas. So selama 2 tahun nie banyak gak iphone  nie berjasa. sebab mana ada camera nak tangkap gambar anak2 OH yang comel2 tu

but 2 minggu lepas phone nie terus senyap.. tak pasti kenapa... on pun dah x boleh.. oohh dah jahanam..
Tak pasti sebab apa..  mungkin anak sikecil suka gigit. then maybe air liur dia masuk dalam iphone tu..

pendapat OH la.. but dalam hati.. " ada peluang nak beli phone baru nie" 

but yang OH!!! PENING!!! sebab semua contact number dalam tu.. mana nak ingat semua.. zaman2 dulu boleh la.. tulis dalam buku. mesti korang semua masih ingatkan. OH rasa tahun 90 an.. mesti setiap seorang ada phone book..

so nampaknya tamat la.. riwayat iphone 3gs.  So phone apa yang akan mengantikan tempat iphone 3gs nie.. tunggu post akan datang

OH: tips lain kali sync contact number ke simcard every month..



1/18/2013

Part 3 Lazada: Response yang menyedapkan hati

Sambung lagi part 3 lazada nie.

So setelah OH bertanya pasal issue masa penghantaran pagi tadi.. so nampak nye mamat prasad ni  customer service dah   response email OH..

kali nie response siap dengan no tracking number lagi..



tetapi jiwa OH belum tenang lagi.. sebab bila click je link tu and paste tracking number. belum ada result. nak sejukkan hati cakap.. "maybe diorang baru post.. so tu yang x update lagi"



Hope esok pagi sampai la.. 

OH: masih pening memikirkan pertanyaan dari wife tersayang .. 

Part 2 Lazada: Response dari Customer Service

Samb Part 2

Pagi Semalam OH dah email pada Customer Service. Tunggu punya tunggu  x ada response.. 

so email kedua pun OH hantar

then tak lama tu dapat nie dari Customer Service



Soalan aku kepada  mamat tu.. ko x baca or x tengok ke pasal product yang aku beli

kat situ tertulis



but dalam email cakap  7 working days..

nie yang sudah menjadi muskilll nie..

Samb Part3: 


1/17/2013

Pendapat AbangEnsem Vs Pendapat PHTM

Kali nie OH nak kongsi pendapat dari taiko2 hartanah. OH tidak menyokong mana2, sebab kedua2 ada sebab tersendiri. Bagi OH ini merupakan ilmu untuk OH mengikut langkah mereka yang telah berjaya dalam pelaburan hartanah

Sebagai pembeli/pelabur kita juga perlu membuat kajian and research sendiri kat kawasan yang kita nak melabur tu

so jika anda bersetuju dengan pendapat abang ensem.. boleh klik sini >> abang ensem<<

or anda bersetuju dengan penulis e-book pelaburan hartanah tanpa modal boleh klik sini >>PHTM<<
semoga ilmu nie dapat di kongsi bersama2

p/s:  OH!!! PENING!!! memikirkan masalah lazada. boleh rujuk di sini

Part 1 Lazada: Tu la tak nak google dulu....



Ehmm

Kali ni OH nak bercerita pasal pembelian online dari web lazada.com.my.

Ini kali perdana beli dari web nie. beli pada isnin 14/1/2013. Harga boleh tahan gak and pembelian melalui cc.

so mcm mana boleh tertarik OH nak beli di situ kerana harga murah sikit and boleh beli secara ansuran. bila kira2 balik memang macam 0%.

lagi pun tengok iklan lazada nie ada bersepah2 di internet. so rasa macam yakin la..

nie barang yang OH beli. Penghantaran ambek masa 4-6 hari.


then setelah 2 hari membeli baru terfikir nak google. pasal lazada nie. alangkah terperanjat OH bila terdapat bad complain dari orang2 yang pernah beli dari lazada. OH!!! PENING!!!  pasal la OH tak google dulu masa nak beli kan dah terkena.. 

kebanyakkan yang complain sebab lazada nie slow dari segi penghantaran. Janji 4-6 hari but pernah ada yang sampai 30 hari. 14 hari.. oh tidak......

tak percaya pasal lazada.. cuba korang taip lazada tengok apa yang keluar.

ni first senarai bila OH hanya taip lazada di google

Tunggu part 2... akan muncul...



1/16/2013

Pengalaman Pertama Partner JV Survey Rumah

As Salam Semua

So kali nie OH nak cerita sikit pasal pengalaman pertama my Partner JV nak survey rumah

Kami bercadang nak mencari rumah di kawasan Putra Perdana Puchong kerana bagi OH sana berpotensi untuk naik kerana pembangunan di cyberjaya and putrajaya tengah rancak berkembang

Perkataan yang keluar dari my partner after pi melawat kawasan.

1. tak ok
2. Rumah x berapa nak canteq
3. jauh dari kedai2 mkn, klinik and pengankutan awam ( bas)
4. tak ramai yang menyewa --- sah2 susah nak cari penyewa nie

Pendapat OH senang je.. walaupun rumah tak canteq tetapi semua kemudahan lengkap, contoh kedai runcit dekat, public transport dekat, ada klinik yang dekat. In Sha Allah memang mudah nak dapat penyewa.

But Putra perdana rata2 semua Apartment mempunyai masalah Air sebab guna meter pukul. Dah lama issue nie kerana OH pernah tinggal di sana lepas kawin.. rasa2 hampir 3 tahun. dari mula2 kawin hingga anak masuk 2 tahun sebelum berpindah ke Klang

p/s: sabar my partner JV. membeli rumah nie kena sabar.. sebab tersalah langkah rugi nnt..

Pertama kali..


As Salam semua

Kali nie bercerita pasal penghargaan yang aku dapat dari Operation Director.. Nie kira bos paling besar dalam project kat sini

Walaupun penghargaan hanya dari kata2 sahaja and akan diadakan lunch bersama2 aku tetap terharu..

mana tak terharu baru kerja 3 minggu aku boleh settle kan masalah yang diorang hadapi selama 6 bulan..

Aku bersyukur kerana Allah yang memberi idea and fikiran untuk berfikir sehingga aku berjaya settlekan masalah diorang. Semua nie Dari Allah..

p/s: kembang gak tadi dapat pujian... aaaaaceeeh

1/13/2013

Cara buat duit dengan mudah

Salam semua

Kali ni OH nak bercerita cara mudah buat duit. Sambil2 kita melayan internet tak salah kalu buat survey. lagi pun bukan nye lama 2-10 minit je.

Buat masa ini, EnSurvey merupakan satu-satunya komuniti soal selidik internet di Malaysia yang memberi ganjaran kepada kita, setiap kali kita menjawab beberapa soalan tinjauan yang ringkas dan menyeronokkan.

Apa yang perlu anda buat. just hanya daftar disini secara percuma  Sudah daftar jangan lupa verify pada link yang dikirimkan di email.

EnSurvey akan membuat bayaran sebanyak RM0.50 hingga RM20.00 bagi setiap tinjauan (bergantung kepada pihak klien) dan setiap tinjauan mempunyai had bilangan respon yang tertentu. Tawaran yang cukup menarik!

Walaupun sedikit but bagi OH tetap jugak $$$. So peluang yang dah ada depan mata jgn tengok je.. kang nnt melepas. mungkin yang tidak pernah menerima langsung menjana pendapatan dari internet. Ini lah peluang anda EnSurvey

contoh nie yang OH punya. hari nie punya survey dah dapat RM0.80. ambek masa 2 minit je


untuk menggandakan pendapatan anda, korang perlu menjemput rakan-rakan menerusi program referral sama ada melalui promosi di Facebook ataupun e-mel. 

Setiap kali seorang rakan anda mendaftar menerusi program rujukan kita, EnSurvey akan memberi 2.5% pendapatan ekstra kepada kita. 





lokasi rumah yang banyak permintaan

Apa yang menyebabkan satu kawasan tu menjadi hot.
Tak guna korang beli rumah yang canteq and moden but tidak mendapat permintaan untuk orang sewa
so di sini yang penting Beli rumah yang memang mendapat banyak permintaan dan mudah untuk disewakan.


Fikir dan buat analisa tentang kawasan persekitaran. Anda kena la rajin sikit.. apa kata every weekend anda round2 mana2 area. cuba tengok kawasan tu mcm mana..

 Contoh lokasi rumah yang banyak permintaan ialah seperti lokasi yang berdekatan dengan universiti, kolej dan mempunyai kemudahan asas yang mudah untuk di cari.

then ada juga kena fikirkan beberapa lagi perkara

1. jika kawasan tu universiti, kolej anda kena pertimbangankan pengangkutan awam macam mana. Sebab kebanyakkan student nie memang naik bas la..

2, jika kawasan tu, jenis perumahan je jenis perumahan yang banyak landed.. kena pertimbangankan kemudahan asas - contoh ada tak sekolah, masjid, kedai2, klinik and lain2 yang rasa nye perlu.. Kena fikir gak jarak rumah ke tempat2 tu. jauh or dekat.

3. Kalu kawasan tu kebanyakkan apartment or flat. Kemudahan kedai2 seperti kedai mkan, kedai runcit memang kena tengok. paling bagus kedai2 tu dekat dengan rumah tersebut. Sebab korang kena fikir yang duduk apart and flat nie bukan orang kaya.. kadang2 diorang nie kereta pun x ada.

so kalu benda nie ada baru la.. korang boleh cari rumah untuk dibeli and disewa..


1/12/2013

Zakat 2012

Sudah kan anda tunaikan Rukun Islam yang no 3

 Mari kita sama2 membantu orang islam yang memerlukan bantuan


1/11/2013

Ahhh Turun!!!!

apa yang turun...
benda nie la...


nampaknye penurunan yang mendadak setelah 3 bulan salah satu blog nie tak update.. bukan apa  mungkin sebab sibuk.. but aku rasa sebab aku pun kecewa dengan harga silver yang x nak naik2.. bukan x naik langsung but kenaikan lebih kurang ASB je 8.6%

but blog nie la.. yang banyak masuk google adsense dan blog nie lak yang pertama memberi pendapatan dari 
NUFFNANG.. walaupun x banyak.. tetap $$$$.

rasa rugi lak.. tak update blog nie walaupun blog nie dalam google boleh la dikatakan antara web tentang silver yang 20 top jugak dengan kata carian..

tak percaya. cuba taip pasal silver.. tengok ada tak yang keluar.

so OH berazam nak update blog nie sebab nak mendidik orang ramai pasal kenapa kita perlu simpan silver selain emas... 
OH!!! PENING!!!  bila harga nak melambung nie..

OH!!! PENING!!! Baru Banyak Nie

ehmmm

Setelah setahun main blogspot selepas aku mencerita pasal pelaburan silver. walaupun aku nie tidak la.. se active bloger2 lain but ini la.. hasilnye.. walaupun sikit tetap ada... 

Walaupun tiap2 bulan tu masuk hanya sen je.. but kena ingat sen tu dalam sen USD. ha ha ha





OH tengah OH!!! PENING!!! sebab tengah fikirkan macam mana nak menaikan lagi yang SEN tu menjadi DOLLAR 


1/10/2013

Ramai Kata LOAN ASB RUGI.. But bagi aku pulak??



Rasa nya x terlambat OH nak berceita pasal ASB. OH berapa kali blk je bila sampai Maybank and pejabat POS.

Berduyung orang nak update..buku semata2 nak tengok berapa dapat. walaupun boleh kira sendiri..

tetapi kenapa nak kena update jugak. sebab nak tengok depan mata.. baru puas hati..

Kali ni OH nak cerita pasal LOAN ASB. Ramai yang katanya Rugi.. tak berbaloi..

Ye ke?? Bagi OH tidak pulak kerana kita kena selalu peka dengan tawaran Bank2 yang bagi

2 Tahun lepas jika sapa2 yang buat loan dengan Easy RHB pasti tersenyum mcm OH sekarang.. kenape??

jom tengok package apa yang OH ambek dengan Easy RHB 2 tahun lepas

 Loan = 100K
Pinjaman = 25 tahun
Monthly = RM475 sahaja untuk 5 tahun. tahun ke 6 jadi RM6++

Total OH bayar kat Bank setahun = RM5700
tahun nie dividen + bonus untuk loan 100K = RM8K+++

so kalu di tengokkan OH untung every year RM2K+++. Sapa nak bagi oooo.

So pandai2 la korang merebut peluang depan mata... Nak buat apa 2K nie.. bayar Down payment CBR 250 dah lepas nie... ha ha ha

1/05/2013

Mee rebus terbaik di Kubu Gajah, Selama Perak

So minggu nie OH di kampung..

Memang tiap kali blk tak pernah miss nak beli mee rebus kubu gajah. Mee nie famous dari aku zaman kecik2 lagi. Semua org yang tinggal kat kampung OH nie tau kehebatan mee niee

Harga cuma rm3.00. Memang masih murah kalu nak di bandingkan dengan harga di lembah klang

So mari kita tengok mee nie sambil terliur

1/04/2013

Mari Kita layan video nie

Mari semua layan video nie.

 sebelum aku blk kampung


Peluang untuk yang nak beli rumah


Had gaji mohon Skim Rumah Pertama naik

Kuala Lumpur: Mulai bulan ini, had pendapatan peminjam individu yang ingin memohon Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan manakala bagi pendapatan bersama peminjam naik sehingga RM10,000 sebulan.

Langkah kerajaan menambah baik kriteria kelayakan permohonan itu bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki kediaman pertama.
Di samping itu, keperluan rekod simpanan bersamaan tiga bulan ansuran dan had perkhidmatan minimum enam bulan juga akan dimansuhkan.


Pembiayaan penuh

Berdasarkan kriteria itu, skim itu membolehkan pembeli rumah mendapatkan pembiayaan sepenuhnya daripada institusi kewangan, sekali gus peluang memiliki rumah tanpa bayaran pendahuluan 10 peratus.

Cagamas SRP Bhd (CSRP) akan menjamin 10 peratus pembiayaan di bawah skim itu.

Tahun lalu, CSRP diberi mandat untuk memainkan peranan membantu golongan muda dan rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor swasta memiliki kediaman di bawah CSRP.
Syarikat itu dibentuk untuk menjamin pembayaran 10 peratus daripada pinjaman yang diperoleh di syarikat perbankan yang mengambil bahagian dalam skim itu.

Antara bank yang menawarkan pembiayaan untuk skim perumahan berkenaan ialah Affin Bank Berhad (AFFINBANK), Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank), AmBank (M) Berhad (AmBank), Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat), CIMB Bank Berhad (CIMB Bank), Hong Leong Bank (HLB), Malayan Banking Berhad (Maybank), OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC), Public Bank Berhad (Public Bank), RHB Bank Berhad (RHB Bank), Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (Standard Chartered) dan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Ketika pembentangan Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mencadangkan kenaikan had gaji pekerja berpendapatan RM5,000 ke bawah layak memohon skim perumahan itu.

Skim dilancarkan Mac 2011 pada mulanya bagi memenuhi permintaan golongan berpendapatan bulanan kurang RM3,000, namun kini boleh dinikmati pembeli perumahan pertama melalui pinjaman bersama suami isteri. Ia kemudian dikaji semula pada awal tahun lalu dari segi had kelayakan pendapatan isi rumah bersama kepada RM6,000 berbanding RM3,000 sebelum dinaikkan kepada RM10,000 tahun ini.

10% deposit + Lawyer fee


aku rasa nie yang selalu bermain difikiran korang yang nak beli rumah jenis sub sales

10% deposit and lawyer fees

Selama nie aku ingat bila kita bagi 10% tu dah termasuk dengan laywer sekali. rupa2nya tidak!!!!

so katakan ada beli rumah 100K

2% booking fees - nie selalu agent yang ambek

then balance 8% bayar masa sign S&P.

so lawyer kena guna duit lain la..


jadi bila nak beli rumah kena pertimbangkan benda nie

10% + lawyer fee.. jangan hanya sediakan 10%. but lawyer nye portion tak ada..
kan nnt tepuk dahi ... OH!!! PENING!!!

1/02/2013

Lokasi Panas tahun 2013


Berikut adalah 5 Lokasi panas untuk Tahun 2013

1. Shah Alam

Seperti biasa Shah Alam selalu dilihat sebagai sebuah Pusat Bandar yang dilengkapi dengan banyak kemudahan. Namun harga hartanah makin meningkat dan tetapi masih ada lagi rumah pasaran kedua (subsale atau second hand) yang boleh dan mampu dimiliki.

Memang lokasi sering diperkatakan dari dulu pedas hingga ke hari ini.

2. Pusat Bandar Kuala Lumpur (Damansara, Sentul)

Macam biasa Kuala Lumpur tak lari daripada buah mulut rata-rata yang bekerja dan menghuni di pusat Bandar ini. Damansara seperti Ara Damansara, Damansara Perdana sedang pedas diperkatakan di sana sini, diruang akhbar dan juga laman-laman web hartanah terkemuka Negara. Sentul juga tidak kurang hebatnya, menjadi bualan ramai orang kerana beberapa tahun sebelum ini harga masih mampu dimiliki dan hari ini menjadi salah satu lokasi sasaran untuk dijadikan rumah pelaburan masa depan.

3. Cyberjaya

Cyberjaya telah dibangunkan hampir 10 tahun dan tiba masanya lokasi yang berstatus koridor raya Multimedia (MSC) merancakkan pembangunan di lokasi yang pedas ini. Pembangunan yang sedang rancak dibangunkan awal tahun 2012 telah memungkinkan yang potensi sebenar Cyberjaya bakal di menyerlah pada tahun yang mendatang terutamanya tahun 2014 yang menyaksikan beberapa buah hartanah yang sedang dibangunkan akan siap di bina.

Kemudahan yang sedang dirancang bakal merubah landskap lokasi pedas Cyberjaya yang akan menambahkan lagi kepedasan lokasi ini yang rata-rata penghuninya adalah terdiri daripada professional expatriat yang bekerja di syarikat berstatus MSC.

4. Puchong 

Puchong telah mengalami perubahan yang ketara daripada segi perhubungan jalan raya yang semakin mudah untuk ke-utara mahupun ke-selatan. Lokasi ini memang sangat pedas sehinggakan harga semakin meningkat dan baru-baru ini terdapat banyak rumah bertingkat seperti Kondominium mewah dan Apartment sederhana dibangunkan seperti cendawan tumbuh.

Tidak hairanlah Puchong berada di ranking Pedas no.4


5. Nilai
Untuk pengetahuan, kepesatan Lapangan Terbang Antarabangsa ke 2 (KLIA 2) yang sedang membangun menjadikan Nilai sebuah Bandar yang cukup menarik untuk didiami dan juga untuk pelaburan masa akan datang.

Ini dikukuhkan lagi dengan berita yang mengatakan beberapa institut perguruan Negara dan juga Kolej tersohor di Negara ini akan ditempatkan di kawasan baru yang berdekatan dengan KLIA.


sumber: http://saufikarim.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...