1/02/2013

Lokasi Panas tahun 2013


Berikut adalah 5 Lokasi panas untuk Tahun 2013

1. Shah Alam

Seperti biasa Shah Alam selalu dilihat sebagai sebuah Pusat Bandar yang dilengkapi dengan banyak kemudahan. Namun harga hartanah makin meningkat dan tetapi masih ada lagi rumah pasaran kedua (subsale atau second hand) yang boleh dan mampu dimiliki.

Memang lokasi sering diperkatakan dari dulu pedas hingga ke hari ini.

2. Pusat Bandar Kuala Lumpur (Damansara, Sentul)

Macam biasa Kuala Lumpur tak lari daripada buah mulut rata-rata yang bekerja dan menghuni di pusat Bandar ini. Damansara seperti Ara Damansara, Damansara Perdana sedang pedas diperkatakan di sana sini, diruang akhbar dan juga laman-laman web hartanah terkemuka Negara. Sentul juga tidak kurang hebatnya, menjadi bualan ramai orang kerana beberapa tahun sebelum ini harga masih mampu dimiliki dan hari ini menjadi salah satu lokasi sasaran untuk dijadikan rumah pelaburan masa depan.

3. Cyberjaya

Cyberjaya telah dibangunkan hampir 10 tahun dan tiba masanya lokasi yang berstatus koridor raya Multimedia (MSC) merancakkan pembangunan di lokasi yang pedas ini. Pembangunan yang sedang rancak dibangunkan awal tahun 2012 telah memungkinkan yang potensi sebenar Cyberjaya bakal di menyerlah pada tahun yang mendatang terutamanya tahun 2014 yang menyaksikan beberapa buah hartanah yang sedang dibangunkan akan siap di bina.

Kemudahan yang sedang dirancang bakal merubah landskap lokasi pedas Cyberjaya yang akan menambahkan lagi kepedasan lokasi ini yang rata-rata penghuninya adalah terdiri daripada professional expatriat yang bekerja di syarikat berstatus MSC.

4. Puchong 

Puchong telah mengalami perubahan yang ketara daripada segi perhubungan jalan raya yang semakin mudah untuk ke-utara mahupun ke-selatan. Lokasi ini memang sangat pedas sehinggakan harga semakin meningkat dan baru-baru ini terdapat banyak rumah bertingkat seperti Kondominium mewah dan Apartment sederhana dibangunkan seperti cendawan tumbuh.

Tidak hairanlah Puchong berada di ranking Pedas no.4


5. Nilai
Untuk pengetahuan, kepesatan Lapangan Terbang Antarabangsa ke 2 (KLIA 2) yang sedang membangun menjadikan Nilai sebuah Bandar yang cukup menarik untuk didiami dan juga untuk pelaburan masa akan datang.

Ini dikukuhkan lagi dengan berita yang mengatakan beberapa institut perguruan Negara dan juga Kolej tersohor di Negara ini akan ditempatkan di kawasan baru yang berdekatan dengan KLIA.


sumber: http://saufikarim.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...