Ini hanya pendapat OH sahaja, tidak ada kena mengena dgn sapa2. terpulang kepada korang sama ada nak beli or nak join.. OH pun melabur dalam emas jugak.. tapi biar la menjadi pelabur yang bijak
ini artikel tersebut. boleh tengok point yang OH tandakan
point No 1 and No 3
modal 30% pastu RM14000 bayar ansuran.
korang perlu tahu bank bagi 6 bulan + 6 bulan. so mean dalam masa setahun korang kena settlekan emas. kalu tidak emas tersebut akan di lelong oleh pihak bank.
RM14000/12 = RM1166.66 korang kena bayar setiap bulan kepada bank.. larat ke??
ops.. ini belum campur upah simpanan emas untuk setahun tu.. OH rasa hampir 1K jugak untuk upah simpanan . boleh rujuk web bank cara pengiraan upah simpan.. duit lagi hohohoho. Tetapi kenapa di dalam artikel tersebut x cakap pasal upah simpan
mesti ada ckp.. dah cukup tempoh buat la overlapping.. cik abang cik akak.. kalau emas naik boleh la.. kalu emas naik mcm dalam graf kat bawah tu.. macam mana.. takut2 korang pulak yang kena keluarkan modal lagi.. fikir2 la..
Point No 2
.Di sini terang sudah mengatakan emas tu bukan anda punya tetapi sebalik nye company tu punya, Boleh ke anda pajak emas tetapi emas itu pun bukan hak anda?
Hukum Pembelian Emas Menggunakan Ar Rahnu
Belian emas secara arrahu adalah HARUS dan RIBA (mengikut kaedah )
(kaedah pertama membeli emas dgn duit pajakkan emas sendiri)
HARUS pada syarak jika dipajak emas yg asalnya milik dimana emas yang dipajak adalah milikan 100% kemudian duit itu dibeli emas…ini hukumnya HARUS pada syarak
(kaedah kedua belian emas 35% 65%)
HARAM (RIBA) jika emas yang dipajak adalah bukan 100% milik pemajak…iaitu harga emas ditentukan oleh penjual mengikut nilai marhun dan pembeli hanya perlu membayar 35% dari nilai marhun manakala selebihnya diambil dari pinjaman yg diberikan dari pajakkan emas tadi
hujahnya adalah didalam 1 urusniaga ada boleh ada 1 akad
Sumber:
Bahagian Pengurusan Fatwa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
W.P Putrajaya
No. Tel : 03-8886 4000 03-8886 4000
cuba rujuk dari ustaz nie: http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1008-majlis-fatwa-syarat-halal-bagi-pelaburan-emas.html
dari jakim: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas
ini jugak: http://geng916.com/2011/05/19/
Point No 4
Dimana kenaikan emas berganda sehingga 3 kali ganda. cuba tengok graf nie.. kenaikan emas dari tahun 2011-2012. Tak sampai 1% pun kenaikan emas..
Pastu dikatakan kenaikan 25%. agak2 la.. dah 2 tahun emas x naik2 bila masa lak naik,, ehmm boleh rujuk graf kat bawahnie..dimana yang dikatakan untung tu.. fikir2 kan
Point
RM20000 = 100g. tak mahal ke OH rasa paling mahal nie.. cuba korang check price kat company lain
ini harga terkini semasa post nie ditulis
company 100G = RM17768 uikss beza RM2300 tu.
company nie pulak 100G =RM18141 beza RM1859 boleh tahan banyak jugak nie
company nie pulak 100G =RM18700 beza RM1300 boleh dapat 5g emas nie..
so dah nampak lum.. kat mana yang di ckap murah tu...
Satu lagi yang korang semua perlu tahu..
Jika anda membuat pajakan di bank tak kisah la mana2 bank.. record pinjaman anda akan tercatit di dalam CRISS report. Then jika ada gagal menebus emas tersebut.. Record tersebut akan tercatit di dalam CRISS report.. Bila benda nie dah ada korang akan susah untuk membuat apa2 pinjaman kerana ada telah ada bad record. aku rasa part nie x pernah agent nak cerita niie..
Ini hanya dari sudut pandang OH sahaja. terpulang kepada korang nak terima atau tidak
OH: jadi la.. pembeli and pelabur emas yang bijak
No comments:
Post a Comment