12/21/2012

Rezeki yang rakyat malaysia tunggu setiap hujung tahun

Aku jugak salah seorang.. Nak kata banyak tak la banyak. But kalu nak buat 10% untuk rumah yang bernilai 100k ke bwah memang lepas la..

So ni lah yang di nanti2 kan

Agihan pendapatan ASB sebanyak 7.75 sen seunit

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Agihan pendapatan itu meningkat sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 7.65 sen seunit yang dibayar tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan itu adalah yang tertinggi bagi tempoh lima tahun.

Katanya, pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, peningkatan sebanyak 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion yang dibayar pada 2011. -
Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...