12/31/2013

Wordless Wednesday #8: Alhamdulilah Rezeki dari Allah

Dari Insurance Etiqa. ( Insurance ni PA je). Katanya dalam surat. lebihan keuntungan.



Nie Pulak. Rezeki yang paling mahal dah berharga


OH PENING: Kena tukar kereta ke?



12/18/2013

Oh! Pening: Job nie dah siap 2 bulan yang lepas.. Baru nak keluar PO

Adus.. Ingatkan bulan nie dah dapat cheq untuk job yang OH dah settle 2 bulan lepas.

But bila check email.. PO baru dapat..

Lagi pening la.. sebab jumaat nie dah nak ke Miri and Brunei.. nampaknya tak ada modal nak buat shopping la nie..




Banyak tu tak la.. puluh2 riban pun.. hanya 4 angka je.. itu pun plan nak bayar hutang2 yang tertangguh. huhuhu



12/11/2013

Oh!Pening: lamanya tunggu giliran..

Hari nie OH plan pi Imigresen sebab nak buat pasport Coz next week nak naik belon ke Miri Sarawak.

And alang2 ke sana terus la pi Brunei Darul Salam.

So hari nie cuti selangor then plan pergi imigresen Putrajaya persint 15. Pehh .. Ramai tak ingat

So cancel la.. Then baru OH teringat. belakang ofis ada UTC sentul so apa lagi bergegas ke sana

sampai dalam 11.45 Am. Capture gambar kat situ = RM10 untuk 4 keping.

then pi kaunter mintak no.

Sekali tengok mak aiiiie... 1259. No sekrang baru 1098



Beza.. hmm korang kira la sendiri. SO try lepak sampai pukul 2 sebab pukul 2 nak kena masuk ofis..

Sekali tengok di screen baru no 1110.

hmm rasanya berjanggut lagi nie.. SO mau tak mau pi ofis dulu.. nnt kul 5 datang balik.

Kepada korang yang nak buat pasport. Imigresen UTC sentul nie buka sampai pukul 10:00 MLm

11/14/2013

Oh! Pening: Boleh ke jadi Pekebun nie..

Agak lama tidak update blog nie.. 
Sebab apa2.. sebab sifat kemalasan dah muncul.. sebenarnya banyak benda nak update tetapi...

Ok la abaikan. Kali nie OH nak cerita pasal project berkebun nie..

OH ada la.. tanah sikit.. x ler besar mana pun..

nie bahagian tepi rumah OH



Ini baru 2 hari lepas potong lalang..kalu tak memang bela lalang la.. tiap2 bulan.
Rasanya lebar dalam 10 kaki and panjang dalam 32 kaki

nie pulak belakang


belakang nie tak besar dalam 5 kaki kot.. 

then barang2 untuk mulakan project nie pun dah OH beli.. Kira tengah semangat nie


esok start semai anak benih CILI


OH: Boleh ke nie.. or hangat tahi ayam je nie..



10/26/2013

Nak kereta BMW 3i Series secara Percuma

Korang Bila baca tajuk tu mesti terus nak tau benda apa kan.


Betul ke boleh dapat kereta BMW percuma. Ye boleh......


Dalam dunia benda apa yang mustahil.. semua boleh nya.. tetapi ada la caranya.. bukan main redah je.

mcm mana  nak dapatkan BMW nie.. Apa kata2 kalu korang yang free Sabtu nie 26/10/2013. Mai la. kat Setia City Mall. .


Nie kereta yang korang boleh dapat. Belah kiri tu BMW. Rasa2 tak dapat yang Kiri tu dapat yang Kanan ok jugak Viva.


Betul ke boleh dapat percuma?? ye betul percuma lepas anda join benda nie


Yes. Join SSP. Bukan kena bayar pun.. Lagi pun duit yang korang beli Sijil tu duit korang.. bila2 masa boleh withraw balik. 

BSN tengah buat promosi. kat Setia City Mall. Mai la.. mana tau tuah korang kan.. Esok cabutan Start dalam pukul 2.00 PM hingga 5.00 PM.

Kalu korang boleh beli SSP. one shoot 3K korang layak untuk cabutan RM1 JUTA.. hohoho boleh jadi jutawan segera tu.. and boleh berhenti kerja duduk rumah..


korang x tak ke kereta nie.. Kalu korang tak.. tolong doakan untuk OH k.. Mana tau dapat nie.. korang leh tumpang sekali..



So OH dah beli Sijil SSP bernilai RM1 K. 




So nie Red Stage untuk OH naik esok.. untuk terima kunci kereta BMW. huhuhu.. 



And buat korang yang beli SSP more than RM500. layak untuk teka Syiling untuk hadiah RM1K



OH: kalu esok dapat.. Syukur rezeki dari Allah











10/23/2013

Wordless Wednesday #7: Status Claim


10/21/2013

Oh Pening! .. Kesayangan ku

Kali nie nak cerita pasal cerita sedih......

Setelah 7 tahun OH menjaga dengan penuh kasih sayang..
.
.
.
di belai dgn manja
.
.
.

dijaga dengan rapi
.
.
.
.
di mandikan setiap 2 bulan
.
.
.
.
setiap tahun kena hidupkan dia. kat myEG and maybank
.
.
.
akhirnya dgn kerakusan adik ipar OH bawa
.
.
.
.
.
.
.
jadi mcm nie






nie pula.. lawan nye




10/18/2013

Cadang naikkan cukai keuntungan hartanah

Macam nie susah woo kalu nak buat invest dalam hartanah la..

Kuala Lumpur: PricewaterhouseCoopers Taxation Services Sdn Bhd mencadangkan kerajaan menaikkan cukai keuntungan hartanah (RPGT) kepada 30 peratus dalam Belanjawan 2014 yang akan diumumkan pada 25 Oktober.

Pengarah Eksekutif Kanannya Steve Chia Siang Hai berkata, cadangan berkenaan untuk membendung spekulasi dalam pasaran hartanah dan mengawal harga yang melambung tinggi.


RPGT ialah satu bentuk cukai keuntungan hartanah dikenakan ke atas keuntungan diperoleh daripada penjualan hartanah. “Ketika ini, RPGT dikenakan pada 15 peratus bagi hartanah yang dijual dalam masa dua tahun dan 10 peratus bagi penjualan yang dibuat dalam tempoh tiga hingga lima tahun yang bertujuan untuk mengekang spekulasi dalam pasaran hartanah. “Kami mencadangkan kerajaan dapat meningkatkan RPGT bagi mengelakkan spekulasi dalam pasaran,” katanya.

Menurutnya, kerajaan patut mengetatkan kelayakan pinjaman bagi hartanah ketiga dengan mengurangkannya kepada hanya 50 peratus daripada 70 peratus sekarang. “Ini akan membantu orang lain memiliki hartanah kerana ketika ini dilaporkan satu pertiga daripada orang Malaysia belum memiliki hartanah sendiri,” katanya. Mengenai pemilikan hartanah asing, Chia berkata kerajaan harus menaikkan harga lantai hartanah bagi orang asing daripada RM500,000 kepada RM1 juta kerana ketika ini, banyak hartanah dalam pasaran berharga sekitar RM500,000.


“Ini tidak akan menghalang orang asing daripada membeli hartanah tempatan kerana ia masih murah berbanding negara lain di rantau ini,” katanya. - BERNAMA

source:hmetro.com.my

10/04/2013

Hobi Baru

Nak cerita pasal hobby Baru..

Sebab kadang2 kat ofis nie lepas kul 6 lepas habis berlakon x ada kerja sangat. so tu yang ada banyak masa untuk mengumpul duit syiling nie.

Nie yang terbaru OH dapat.. Nak kata rare tu maybe rare la.. tahun 1990. benda keluar . dah hampir 20 tahun dah benda nie.. tengok kertas nie pun dah bertukar warna. but duit syiling tu tetap canteq sebab dah laminate

mari layan..






OH: tahun depan nak buat hobby nie lak :>> aku mau kaya<<

10/01/2013

Part Akhir: Account Kecemasan

Kali nie part terakhir pasal Akaun kecemasan. Lama dah nak buat. tetapi dok sibuk post benda lain.

Mari OH simpul kan apa yang dah OH post hari tu

Alhamdullilah. Nampaknya Account OH dah cukup. bukan nak belagak tetapi sebagai peransang kepada Member or korang kat luar sana
nak buat acct kecemasan. kena pelbagai duit dalam acct kecemasan tu untuk menaikkan value RM

Akaun Simpanan ( account nie mesti ada kad ATM) = RM3000

Duit tunai (simpan kat rumah nie kes tiba2 perlukan duit dgn segera) = RM500

Duit Kecemasan (dalam wallet: Sebab  guna insurance BSN Pru. Perlukan RM300 masuk wad) = RM300

Silver  (dirham + 1oz + bar ) harga semasa ( 1/10/2013) = RM2000. OH genapkan senang kira

Emas ( simpan kan dalm bank untuk keselamatan) ( Harga semasa( 1/10/2013) - 1 barang Pajak(50%) = RM 9211-1500(1 barang pajak) = RM7700 ( genapkan senang kira)

So Kesimpulannya

RM3000
RM500
RM300
RM2000
RM7700
------------
RM13500

So Nampaknya dah melepasi Acct kecemasan OH untuk 3 bulan. Target RM10K-12K je tetap1 dah lebih sikit

OH memang gembira sangat2. DUit yang baru je dapat dari bos kecik boleh la.. buat investment.
lagi pun partner JV dah ada.. Abang rempit 125Z.

lepas nie target OH nak naikkan jadi 4 bulan. and target OH nak beli SPN (BSN). Post akan datang OH cerita kenapa SPN jadi salah satu item dalam Account kecemasan OH

OH: Syukur Kepada Allah. melimpahkan rezeki untuk OH and anak2. Semoga dgn rezeki nie OH dapat melakukan amal ibadat yang lain2


9/30/2013

Duit Syiling OH Duit Syiling

 Hari ni malas nak cerita banyak. Just nak cerita lambakan duit syiling yang banyak kat dalam besen kat dapur tu. So sebabkan OH nie kerja Petang so ada masa la nak pi bank untuk bank in .

nie duit Syiling OH total RM167.



Then duit OH masukkan dalam Account SSPN anak OH. Just tambah RM40 kasi cukup RM100 Seorang. kepada korang kat luar tu yang rasa income tax riban2 cepat2 la.. bank in dalam SSPN. tinggal 3 bulan je lagi.  Sebab korang boleh  claim balik nnt dgn LHDN. income OH tahun huhuhu hampir antara 7K-9K. Kalu tahun depan tukar kerja,. mau2 10K.

OH: kepada korang kat luar yang banyak syiling kat rumah and malas nak bank in kat bank apa kata tukar dgn OH. yang pasti Nilai korang dapat sama la dgn nilai duit syiling tu.. 




9/28/2013

Ini la realiti siapa duduk Lembah Klang

Salam

Pagi nie nak cerita sikit pasal gambar bawah nie. Ini lah realiti siapa duduk kat Lembah Klang.  so benda yang sama bila duduk dengan member OH bila buka cerita nak beli rumah. Gambar tu kira gaji RM6000. Macam mana yang gaji antara RM3000-RM5000.

Rumah apa yang diorang boleh beli? ke langsung tak mampu nak beli?. Kerajaan tolong la tengok issue rumah nie dengan lebih detail..





Mungkin cara berikut boleh atasi masalah korang,  >>Cara beli rumah yang tidak membebankan<<

OH: Alhamdullilah OH beli Rumah masa harga belum naik lagi..

9/27/2013

Cara Atasi masalah Harga rumah terlalu mahal


Salam hormat,

Sekarang nie ramai sgt mengeluh pasal harga rumah yang terlalu mahal. Rata2 rumah land untuk teres 2 tingkat harga dalam 400K hing 550K.

Apartment kalu cyber jenis studio pun keluasana dalam 500sqft pun daha hampir 300K.  So macam mereka yang gaji dalam RM3000 sebulan nak beli rumah di malaysia.

But ada yang murah tapi kena masuk balloting. nama naik baru dapat beli rumah. But OH dengar separuh unit dah di Booking oleh staff developer tu..

So kat sini OH ada satu cara untuk settlekan masakan korang. Yes Rumah lelong. X tahu macam mana nak beli.  Apa kata Korang click gambar kat bawah tu.. Rugi x mencuba..,,




 Rasa nak JV beli rumah lelong boleh ajak OH jadi partner. Bukan apa leh kurangkan jugak duit korang tu

9/24/2013

Setia Seri Mutiara Setia Alam vs Savana Southville Bangi

OH bukan pakar dalam pelaburan hartanah. lagi pun rumah yang OH ada pun satu je.. itu pun ala kadar je..

kali nie OH nak cerita satu lagi apartment yang pasti harga akan naik mencacak dalam 4-5 tahun lagi iaitu

Setia Seri Mutiara Setia Alam

Merupakan project Apartment Medium cost terakhir dari pemaju utama negera iaitu SP Setia. Lokasi dekat dgn Setia City Mall. dekat2 pun OH rasa dalam 2KM jugak la..

but Post kali nie nak  buat perbandingan dgn southville dgn seri mutiara



So kepada sapa2 ada duit tu OH suggest beli apartment nie. Merupakan salah satu pelaburan yang berbaloi.. kasawan dah mantap, startegik and semua kemudahan dah hampir lengkap.

ada link pasal seri mutiara nie dari blog/otai2 hartanah

1. ariffshah
2. matjoe
3. nurynsophea

Kalu korang Rasa harga rumah kat atas tu mahal. Klik sini  >>Beli Rumah Murah<<

OH: nak beli.. but perlukan JV dalam 3 orang. Sebab kalu kena bayar 10% = 24K/4 = RM6K je seorang. tak le sesak sgt

9/22/2013

Sukarnya Mendapatkan Syiling 10 Sen Bunga Raya Tahun 2003

Sambung Cerita pasal duit Syiling.

Mlm tadi kumpulkan semua duit syiling dalam rumah sebab nak bank in next week. Total duit Syiling 10 Sen ada dalam 380 Keping. Tetapi Syiling tahun 2003 hang ada 2 Keping je. Huhu.

Untuk Maklumat korang Syiling 10 Sen Tahun 2003 boleh di jual di pasaran harga antara RM2-RM4 Sekeping. Kalu korang ada 100 Keping boleh untung dalam RM200-400 hinggit. Nie la orang cakap cara mudah buat duit.. he he he. Kepada korang yang ada 10 sen 2003 just simpan la dulu. mana tau lagi 10 tahun harga boleh cecah RM10 Sekeping.


mari layan gambar Duit Syiling OH nie






9/21/2013

Duit Syiling Malaysia yang termahal

Mari kawan2 belek and cari duit Syiling kat rumah korang. Mana tau boleh dapat salah satu.

10 Sen 1971. merupakan Item yang belum OH ada untuk lengkapkan koleksi duit syiling OH dari tahun 1967 - 2013. Kot nak lengkapkan kena keluar kan ratus2 ringgit tu huhuhuhu. kalu ada sapa2 nak kasi free OH sedia hulurkan tangan




9/19/2013

Oh! Pening: Nak beli ..Savana SouthVille Bangi Tapi..

OK. Kali nie OH nak cerita pasal Service apartment Savana SouthVille @ bangi

Sebab OH nie Ahli M-CLUB so dapat la invite awal dari pembeli yang lain.



Harga: RM280 - nie dah harga bumiputra. So rasanya dah tak ada discount kot.  

Status: Freehold

Jenis: service Aprtment

Tetapi OH nie Ahli club ada special discount 

Buyer Repeat Purchase Discount
Great discounts of the property purchase price on the Member’s next purchase of Mah Sing Property from Mah Sing directly.

How is the Buyer Repeat Purchase (BRP) Discount given on my next purchase of Mah Sing Property from Mah Sing directly?
You must be an eligible member and present your valid M Card at the time of purchase to be entitled to the Buyer Repeat Purchase Discount.
In the case of joint purchasers, you must be named as the principal purchaser in the SPA.
Discount will be given in the form of a Credit Note to offset against the balance down payment equivalent to 10% of the purchase price.
For bumiputra M Card members, discount is based on the net discounted price.
Discount given is not transferable to cash.
In the event of any cancellation or termination of sales/purchase, the discount shall be void and will be recovered from the purchaser/said sales.
BRP discount is only applicable at the participating project and it will subject to the change and review of Mah Sing from time to time. Please refer to our S&M team for latest info of your interested project.

Tak pun OH boleh dapat nie. Boleh la.. share dengan pembeli.. kira dua2 dapat la. OH dapat and pembeli pun dapat. tak la diorang beli rumah dgn tangan kosong. Dulu masa OH beli rumah. Member yang introduce dapat RM2K satu kepala.. Banyak tu. kalu 5 orang dah 10K. Kalu dapat 2K. Share 1K la seorang..

Buyer Get Buyer Reward
Great rewards (based on different property) when the Member introduces a non-Member to purchase Mah Sing Property from Mah Sing directly, provided that such a non-Member has executed the SPA and has paid to Mah Sing a sum of not less than twenty percent (20%) of the purchase price. These rewards could be in the form of commission, in the form of gift or vouchers, or any other equivalent form.

Tetapi kepada sesiapa yang bukan Ahli nie 21/9/2013. baru dia buka untuk public. Itu pun kena ballot. ( cabut nama). 28/9/2013 kalu nama korang naik ada la... kalu x ada tengok je la..



info yang OH dapat unit nie tak banyak dalam 3000 unit kot but yang Register nak beli 15K orang.. Giler ler..

Korang boleh pi kat web nie untuk maklumat lanjut.
1.orang kampung OH
2. Savana Suite


Masalahnya OH nak beli unit nie but.. Rekod OH dah x berapa nak OK. Walaupun Gaji boleh la tahan.. Plan nak Buat JV untuk 4 orang. OH dah kira sebulan untuk loan 30 tahun dalam 1200 monthly. Ok la.. target 5 tahun lepas tu jual.. sure harga boleh meletup kalu x ada apa2 yang berlaku dalam masa 5 tahun

Oh! Pening mana nak cari partner nie. OH modal dah ada sikit baru dapat duit training.. he he




9/14/2013

Nak Balik Rumah Bawa Anak Pi Solat Jumaat

Kali nie nak cerita pasal Hari jumaat. kepada yang baca blog OH nie please baca sampai habis. Post nie agak panjang and merupakan keluahan hati kecik OH..

 Kepada orang Islam jumaat ialah penghulu segala hari. Selalunya hari nie disunatkan melakukan beberapa perkara.

- mandi dgn niat
- potong kuku, and segala jenis rambut
- banyakkan baca Al-Quran
dll

OH bukan nak cerita pasal kelebihan Hari jumaat. Sebab OH rasa semua dah tahu masa belajar di sekolah Menangah dulu. Teringat Sekolah OH. SMDHH..

Kali nie nak cerita pasal Anak Lelaki and Solat jumaat. Benda nie untuk OH tulis sebagai salah satu peringatan untuk diri OH sendiri. And OH tuju jugak kepada sesiapa yang mempunyai anak lelaki.

Pernahkah korang pi masjid and tengok budak2 sekolah bersembang2 di belakang. lepas tu ditegur senyap kejap but lepas tu borak kembali. walaupun masa tu khatib tengah membaca khutbah. Nak di marah anak orang.. so korang punya senyap la.. dalam hati dah berkata.. Kalu nnt di Akhirat Allah tanya aku akan jawap " dah cakap dah...".

sumber gambar: http://www.jakim.tv


Persoalan di sini. Salah siapa?
adakah Salah budak2 tu
adakah salah Cikgu yang tak bagi tau
adakah Salah orang dewasa yang tak kasi warning
atau adakah SALAH BAPA SI BUDAK TU..

Bagi OH. ini adalah salah kerajaan negeri.. ha ha ha.. boleh ke kasi jawapan macam tu.. but terus terang OH cakap Salah Bapa budak tu. kenapa?

Terang lagi bersuluh.. dimana Bapa budak tu masa budak tu di dalam masjid. Korang mesti jawap.. kat masjid la.. yes.. tapi adakah masjid yang sama atau masjid yang lain2. Cuba renungkan...

Macam OH yang berkerja pada hari jumaat nie  and bila pi masjid and kadang2 sampai lambat kat masjid and duduk di shaft belakang tu..terasa bila melihat kelakuan budak2 yang dok bersembang kat belakang bila khatib baca khutbah.  Adakah anak lelaki OH jugak akan macam nie bila dia mula ke masjid??

Terdetik di hati alangkah best nya kalu Hari Jumaat Nie merupakan Cuti UMUM Malaysia. Apa salahnya kerajaan  gantikan Hari Jumaat dgn hari Ahad sebagai cuti Umum. Sebab setahu OH hari Ahad nie ada perjumpaan keagaman untuk penganut agama lain. Lihat... Betapa senangnya and happy bila mereka pergi ke acara keagamaan bersama2 family mereka sebab memang cuti umum..

Kenapa kita Orang Islam. Di Malaysia kena berkerja and budak2 kena pi sekolah pada hari Jumaat. Sedangkan Hari itu hari Penghulu segala Hari. So OH terpikir alangkan bagus jika selangor or kuala lumpur mcm negeri kedah, terengganu and kelantan.

Berbalik cerita pasal Anak lelaki and Jumaat. Sepatutnya kita sebagai Bapa kena bawa anak2 lelaki kita pergi ke masjid untuk solat jumaat bersama2. tetapi si bapa berkerja di KL di anak sekolah di Selangor so macam mana nak bawa.. Sebab tu OH letak persoalan di atas tadi..Bagusnya kalu Jumaat ialah CUTI UMUM.

Bila anak2 pergi ke masjid bersama kita, masa nie kita mempunyai masa untuk mendidik anak tentang kewajipan kita kepada yang Maha Esa.
1. Kewajipan solat jumaat untuk lelaki Islam
2. Hukum Hakam Solat jumaat.

Jika dari kecik kita dah beri didikan macam nie. tak la.. bila dia dah besar memonteng solat jumaat or bercakap2 masa khatib membaca khutbah.

Kepada Bapa2 yang kat luar sana tu. jika tempat kerja dekat dengan rumah. Bila hari jumaat cuba2 balik rumah, mandikan anak. pakai baju melayu lawa dan bawa mereka ke masjid bersama2. Ramai cakap tak ada masa. semua orang tak ada masa tetapi.. korang tak terfikir ke.. bila tiba2 ajal korang sampai.. ada ke masa kan tunggu kita.

Kadang2 kita boleh je ambek insentif sendiri.. bukan selalu sebulan sekali dua pun dah cukup. Cakap kat bos akan masuk lambat sikit lepas solat jumaat but korang cover blk dgn balik kerja lambat. OH rasa Bos korang tak akan marah. tambah bos korang pun Islam. Kalu dia tanya cakap je terus terang
"Nak Balik Rumah Bawa Anak Pi Solat Jumaat". 

Di sini apa yang OH nampak. Si Bapa kena la bertanggungjawab untuk mendidik anak lelaki korang pasal Solat Jumaat and kepada pemerintah pulak jika boleh tukarkan Hari jumaat jadi cuti umum..

last semoga Kita semua Bahagia di Dunia and Akhirat. Selamat Hari Malaysia yang ke 50. ( esok)





9/10/2013

Kali Nie OH nak cerita pasal Maxis WIFI. Bukan nak promote MAXIS. But cuma nak bagitau Kawan OH berapa Speed yang OH dapat. 

Nie OH test kat kawasan Meru Klang. Time kul 11 pagi.

Sebelum tu OH cerita pasal kawan OH nie. OH kenal kan sebagai Wan F or Bos Kecik.. 
Benda nie bermula bila dia tengok OH guna benda nie. and bayaran lebih kurang je but quota OH lagi besar 8GB. ( 4 GB siang and 4 GB malam)

So dia pun telah bertukar la kepada Maxis wifi nie.. But  nasib tak berapa nak baik kot... kawasan perumahan dia coverage tak berapa nak bagus kot tu. yang selalu speed macam Siput Bxxx.  
Kalu rasa x puas hati just tukar je kepada line lain2. sekarang nie banyak dah company support. Tak pun try YES 4G. ini pun bukan promote..


Ok nie. Testing yang OH dah buat..


Nie Test Kali Pertama
Download : 8.64Mb
upload : 0.66 Mb


Test Kali kedua

Download : 3.82 Mb
Upload: 2.30 Mb




Test Kali ketiga

Download: 7.28 Mb
Upload: 0.31 Mb



Benda nie OH rasa bergantung banyak factor

1. cuaca
2. lokasi
3. Jenis rumah
4. lain2

OH: Habis Quota 1GB anak download game Iron man 3


9/06/2013

Oh!!! Pening : Paip oh Paip

Kali nie OH nak cerita pasal paip rumah.

Sehari sebelum raya telah terjadi kejadian air di tank bocor. So abis la.. satu ruang atas and tangga basah dengan air. Yang lebih sedih terjadi nye peta dunia kat atas siling...

So OH pun Call la plumber. nie pun just cari dalam peti surat je..So lepas dia datang check semua. and OH request nak buat direct paip ke bilik air atas and master room. Sebab sebelum nie guna air tank. kalu guna air dari tank memang slow bebonar... Kalu nak mandi wajib memang lama la.. air keluar meleleh je..


so lepas discount mamat nie cas RM1000. Mak aiii mahal jugak. but mengenangkan dah seminggu x ada air. mau tau mau ambek jugak la..


huhuhu abis duit raya anak. coz lepas raya mana nak cekau duit.. tunggu duit project, claim and LHDN masih belum dapat2 lagi. 

No phone and company plumber nie OH buang sebab service kurang best..

Nak jadikan cerita 2 minggu lepas satu lagi kejadian paip bocor. kali nie betul paip utama nak pi ke tank. Adoi.... 

So OH call la balik plumber atas tu. but layan ala kadar je.. ko dah ketuk OH 1K pastu layan macam gambang. Dia cakap akan call blk. but 2 hari tunggu x sampai2 memang service mcm gambang

Then cari la plumber lain. dapat mamat melayu. Lepas dia tengok cakap cas RM280. mahal sebab dia nak pasang support kat paip tu. katanya tekanan air kawasan perumahan OH nie memang kuat sangat. Hari Plumber yang first pun cakap yang sama. Untuk mengelakkan benda nie jadi lagi OH pun setuju.. Kalu x pasang support tu cas dalam RM120 je.


So pada korang yang nak cari Plumber tu boleh la try brader nie . 

Nama : Asri
Phone: 0102996839
kawasan: shah alam, klang, setia alam, subang and PJ..

kalu korang google nama brader nie banyak kat web2. 

lagi pun apa salahnya tolong sesama bangsa.. 

OH: Maybe RM1280 bukan rezeki untuk OH. Terima je la..




9/05/2013

Cara Nak bayar Saman Parking MBSA

Untuk maklumat semua Saman parking nie korang boleh bayar secara online. So x perlu nak membazir duit kereta, tol, parking and masa korang.

Kat Sini OH akan tunjukkan cara nak bayar saman nie guna website MBSA.

1. korang kena login kat. https://eps.mbsa.gov.my/laman/
kalu belum register. korang kena register dulu la..


2. pi kat Kompaun

 3. kalu x ada apa2 korang click kat CARIAN

4. Then korang letak mana2 yang patut then click cari



4. Then Korang boleh pilih nak bayar guna mana. So OH guna FPX.




5. pastikan korang gun IE browser and tutup popup Blocker. kalu tak akan ada masalah. then Click bayar


5. nnt akan keluar pilihan bank. OH pilih maybank sebab duit ada dalam tu je. Lepas tu login mcm biasa la..



6. Apply tac and sumbit.and akan dapat result mcm kat bawah nie



7. lepas tu korang biar je dia kembali ke web asal. and kan dapat result mcm kat bawah nie..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...