10/18/2013

Cadang naikkan cukai keuntungan hartanah

Macam nie susah woo kalu nak buat invest dalam hartanah la..

Kuala Lumpur: PricewaterhouseCoopers Taxation Services Sdn Bhd mencadangkan kerajaan menaikkan cukai keuntungan hartanah (RPGT) kepada 30 peratus dalam Belanjawan 2014 yang akan diumumkan pada 25 Oktober.

Pengarah Eksekutif Kanannya Steve Chia Siang Hai berkata, cadangan berkenaan untuk membendung spekulasi dalam pasaran hartanah dan mengawal harga yang melambung tinggi.


RPGT ialah satu bentuk cukai keuntungan hartanah dikenakan ke atas keuntungan diperoleh daripada penjualan hartanah. “Ketika ini, RPGT dikenakan pada 15 peratus bagi hartanah yang dijual dalam masa dua tahun dan 10 peratus bagi penjualan yang dibuat dalam tempoh tiga hingga lima tahun yang bertujuan untuk mengekang spekulasi dalam pasaran hartanah. “Kami mencadangkan kerajaan dapat meningkatkan RPGT bagi mengelakkan spekulasi dalam pasaran,” katanya.

Menurutnya, kerajaan patut mengetatkan kelayakan pinjaman bagi hartanah ketiga dengan mengurangkannya kepada hanya 50 peratus daripada 70 peratus sekarang. “Ini akan membantu orang lain memiliki hartanah kerana ketika ini dilaporkan satu pertiga daripada orang Malaysia belum memiliki hartanah sendiri,” katanya. Mengenai pemilikan hartanah asing, Chia berkata kerajaan harus menaikkan harga lantai hartanah bagi orang asing daripada RM500,000 kepada RM1 juta kerana ketika ini, banyak hartanah dalam pasaran berharga sekitar RM500,000.


“Ini tidak akan menghalang orang asing daripada membeli hartanah tempatan kerana ia masih murah berbanding negara lain di rantau ini,” katanya. - BERNAMA

source:hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...