9/14/2013

Nak Balik Rumah Bawa Anak Pi Solat Jumaat

Kali nie nak cerita pasal Hari jumaat. kepada yang baca blog OH nie please baca sampai habis. Post nie agak panjang and merupakan keluahan hati kecik OH..

 Kepada orang Islam jumaat ialah penghulu segala hari. Selalunya hari nie disunatkan melakukan beberapa perkara.

- mandi dgn niat
- potong kuku, and segala jenis rambut
- banyakkan baca Al-Quran
dll

OH bukan nak cerita pasal kelebihan Hari jumaat. Sebab OH rasa semua dah tahu masa belajar di sekolah Menangah dulu. Teringat Sekolah OH. SMDHH..

Kali nie nak cerita pasal Anak Lelaki and Solat jumaat. Benda nie untuk OH tulis sebagai salah satu peringatan untuk diri OH sendiri. And OH tuju jugak kepada sesiapa yang mempunyai anak lelaki.

Pernahkah korang pi masjid and tengok budak2 sekolah bersembang2 di belakang. lepas tu ditegur senyap kejap but lepas tu borak kembali. walaupun masa tu khatib tengah membaca khutbah. Nak di marah anak orang.. so korang punya senyap la.. dalam hati dah berkata.. Kalu nnt di Akhirat Allah tanya aku akan jawap " dah cakap dah...".

sumber gambar: http://www.jakim.tv


Persoalan di sini. Salah siapa?
adakah Salah budak2 tu
adakah salah Cikgu yang tak bagi tau
adakah Salah orang dewasa yang tak kasi warning
atau adakah SALAH BAPA SI BUDAK TU..

Bagi OH. ini adalah salah kerajaan negeri.. ha ha ha.. boleh ke kasi jawapan macam tu.. but terus terang OH cakap Salah Bapa budak tu. kenapa?

Terang lagi bersuluh.. dimana Bapa budak tu masa budak tu di dalam masjid. Korang mesti jawap.. kat masjid la.. yes.. tapi adakah masjid yang sama atau masjid yang lain2. Cuba renungkan...

Macam OH yang berkerja pada hari jumaat nie  and bila pi masjid and kadang2 sampai lambat kat masjid and duduk di shaft belakang tu..terasa bila melihat kelakuan budak2 yang dok bersembang kat belakang bila khatib baca khutbah.  Adakah anak lelaki OH jugak akan macam nie bila dia mula ke masjid??

Terdetik di hati alangkah best nya kalu Hari Jumaat Nie merupakan Cuti UMUM Malaysia. Apa salahnya kerajaan  gantikan Hari Jumaat dgn hari Ahad sebagai cuti Umum. Sebab setahu OH hari Ahad nie ada perjumpaan keagaman untuk penganut agama lain. Lihat... Betapa senangnya and happy bila mereka pergi ke acara keagamaan bersama2 family mereka sebab memang cuti umum..

Kenapa kita Orang Islam. Di Malaysia kena berkerja and budak2 kena pi sekolah pada hari Jumaat. Sedangkan Hari itu hari Penghulu segala Hari. So OH terpikir alangkan bagus jika selangor or kuala lumpur mcm negeri kedah, terengganu and kelantan.

Berbalik cerita pasal Anak lelaki and Jumaat. Sepatutnya kita sebagai Bapa kena bawa anak2 lelaki kita pergi ke masjid untuk solat jumaat bersama2. tetapi si bapa berkerja di KL di anak sekolah di Selangor so macam mana nak bawa.. Sebab tu OH letak persoalan di atas tadi..Bagusnya kalu Jumaat ialah CUTI UMUM.

Bila anak2 pergi ke masjid bersama kita, masa nie kita mempunyai masa untuk mendidik anak tentang kewajipan kita kepada yang Maha Esa.
1. Kewajipan solat jumaat untuk lelaki Islam
2. Hukum Hakam Solat jumaat.

Jika dari kecik kita dah beri didikan macam nie. tak la.. bila dia dah besar memonteng solat jumaat or bercakap2 masa khatib membaca khutbah.

Kepada Bapa2 yang kat luar sana tu. jika tempat kerja dekat dengan rumah. Bila hari jumaat cuba2 balik rumah, mandikan anak. pakai baju melayu lawa dan bawa mereka ke masjid bersama2. Ramai cakap tak ada masa. semua orang tak ada masa tetapi.. korang tak terfikir ke.. bila tiba2 ajal korang sampai.. ada ke masa kan tunggu kita.

Kadang2 kita boleh je ambek insentif sendiri.. bukan selalu sebulan sekali dua pun dah cukup. Cakap kat bos akan masuk lambat sikit lepas solat jumaat but korang cover blk dgn balik kerja lambat. OH rasa Bos korang tak akan marah. tambah bos korang pun Islam. Kalu dia tanya cakap je terus terang
"Nak Balik Rumah Bawa Anak Pi Solat Jumaat". 

Di sini apa yang OH nampak. Si Bapa kena la bertanggungjawab untuk mendidik anak lelaki korang pasal Solat Jumaat and kepada pemerintah pulak jika boleh tukarkan Hari jumaat jadi cuti umum..

last semoga Kita semua Bahagia di Dunia and Akhirat. Selamat Hari Malaysia yang ke 50. ( esok)





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...