3/30/2013

Oh! Pening: bila nak Bercuti di Bukit Gambang + Voucher Groupon RM10

Salam

OH pagi nie pening memikirkan Date nak pi bercuti kat bawah nie.

sumber: groupon.my

Tetapi plan tu rasa nya pertengah bulan 4 la.. Lagi pun orang rumah dah x berkerja.. lagi senang la lepas nie nak pi bercuti kemana2.

Kepada OH pilih Bukit Gambang.. Sebabnya nak bawa anak2 main air.. apa lagi.,. 
\
sumber: groupon.my
sumber: groupon.my


Sebab bila tengok anak2 senyum.. abis hilang penat berkerja.. dah la.. sekrang nie OH banyak sgt nak cover.. yang Kat Subang.,.. kat KL pastu putrajaya Lagi.. penat oooooo...

So nie la salah satu nak hilangkan penat.. bercuti dengan Family. Lagi pun Post terdahulu OH dah janji Duit claim nak kasi reward sikit kat diri and family. 
Hope "orang rumah" pun gembira sekali... 

OH Beli package Studio RM188. tetapi sebab tadi dapat Voucher RM10 jadi OH beli hanya RM178 je..


Nie Voucher OH dapat.. Tak pasti kalu boleh guna lagi.. Cuba la,, try mana tau... boleh save RM10



Nil pula package yang OH akan dapat nnt

sumber: groupon.my

sumber: groupon.my

sumber: groupon.my

sumber: groupon.my


OH: Bulan depan nak pi mana pulak yek...












Oh! Pening: Harga Silver bentuk L

Salam Semua

Kali nak cerita pasal Graph Silver yang bentuk L...

So kepada penjual mesti tengah tepuk kepala sambil cakap OH!!! PENING!!!. melihat harga silver yang jatuh merundum sambil membentuk L..




Kepada penyimpan/pelabur nie la.. masa nya korang nak tambah simpanan kepada duit sebenar..

mcm OH simpana silver bulan nie dah bertambah lagi.. Kali nie OH beli Product TNT SILVER. Silver memang classssssss... canteq

mari layan....

20g TNT X 4 Keping = RM 400





3/28/2013

Ya Badratim

Oh! Pening: apa nak buat dengan duit Claim nie

Kali nie OH nak sambung pasal Wednesday Wordless  yang semalam tu

So setelah di fikirkan. Duit nie OH akan divide kepada beberapa portion

1. Reward Diri Sendiri/ Family
Ye la.. bila dapat duit habis bayar loan, cc, keta, rumah dan mcm2 lagi la.. tak pernah nak bagi reward kepada diri sendiri/ Family. Bila di fikir2 rasanya OH nak pi bercuti bersama wife and anak2.  Tempat tu tak pasti lagi.  tengok la.. mana2 yang berkenan.

2. Simpanan Masa tua
OH kena masuk kan jugak dalam Account nie. Walaupun x banyak.. but lama2 jadi bukit juga

3. Simpanan Kecemasan
Sebenarnya semua orang wajib ada dana kecemasan nie. Kalu korang baca perlukan dana untuk 4-6 bulan. Berapa dana yang perlu korang simpan. Contoh katakan perbelanjaan korang dari segi bayar hutang, makan, susu anak, itu ini sebelum RM2000. So korang perlu ada dana simpanan ni sebanyak RM8000-RM12000. Kita tak tahu masa hadapan mcm mana. tiba2 company korang kerja nie bungkus so korang boleh survey untuk 4-6 Bulan tu.
so OH punya perbelanjaan sebulan RM3500. mean semua la.. dari segi rumah, keta, loan, cc, susu anak, mkn & dll.  Ehmm capai ke  untuk simpan 6 bulan nie.. Tak pe kayuh slow2

3. Beli Emas/Silver
Ini Pelaburan jangka Panjang. Lagi pun emas/silver nie bagus sebagai kalis inflasi duit kertas tu.. Mana tau emas/silver akan melambung harganya. Lagi pun Kalu korang baca tafsiran Al-Quran mesti ada ayat yang menyebut pasal Emas and Perak. So kat sini OH tengok emas/silver merupakan suatu barang yang berharga sehingga di sebut di dalam AL-Quran


Ali 'Imran(3), ayat 14 
 Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). (QS. 3:14)


Lagi pun now banyak company emas yang tawaran emas serendah 1gram.. kalu nak boleh contact OH. Kalu x mampu jugak.. beli la silver.. harga masih murah lagi.
ini Collect baru OH. baru dapat semalam.

""Tak sempat nak upload....""

4. Bayar Hutang
Tak kisah la hutang apa pun.. jadi bayar, ingat nak bayar hutang PTPTN la.. Lagi pun hutang nie wajib bayar  ooo. Kalu mati roh tersangkut nnt. dah la amalan OH pun sikit je...

5. Saham Akhirat
So korang derma la serba sedikit harta korang nie. lagi pun Allah dah janji kalu korang derma 1 Allah beri 10.  Cari la.. mana2 sekolah agama ke, masjid ke, surau ke.. yang memerlukan derma dari anda. So bila mati ada juga pahala dari derma2 korang nie
Salah satu tempat yang korang boleh derma


tu la.. 5 portion yang OH buat untuk duit claim nie..

OH: Yahoo Bulan depan ada lagi duit claim...

3/27/2013

Wordless Wednesday: Cheque Pertama untuk kerja Part Time..

Alhamdullilah: Rezeki Dari Allah


3/26/2013

Terima kasih: Bali Indonesia

Ucapakan terima kasih bila OH dapat benda nie


Benda nie OH dapat dari X -Bos company lama.. X-Bos OH nie selalu gak pi Bali nie.. Dengar2 cerita pi bawa CEO company.. entah buat apa di sana

So kalu kita berhenti kerja secara berhemah orang akan tetap ingat kat kita.. so kepada sapa2 yang kat luar tu nak berhenti kerja....... berhenti la dgn sopan santun.  Sebab mana tau.. tiba2 berpaling kembali he he he

Mari kita tengok Harga pulak


Ambek ko.. 11K tu... he he he but 11K rupiah.. 

OH: Bila la.. boleh pi negara orang lain pulak


3/25/2013

Kenangan Dating and study 12 tahun yang lepas. Matrix Sungkai

Ni la dewan Serbaguna.. x pasti la.. jadi apa dah.. tulisan pun dah x nampak

Kedai nie nama dia kedai resort.. a.k.a KERE


Nie kawasan Kawad.. Ramai yang memonteng.. termasuk OH sekali

Dulu nie labs comp, Library and bilik lecturer

Hostel Kami level 2. Senior 4 bilik je.. dah canteq dah..


Port Dating dgn Wife 12 tahun lepas... Tempat nyaman... kalu petang je berderet dating kat tebing nie...


Labs.. Kimia. Teringat lagi first day.. "Artis" jatuh tergolek.. Duan Baling gelak paling kuat sekali







Oh! Pening: Pakwe Gaduh dengan Aweks dia Dalam ofis..



Ada staff nie gaduh dgn aweks dia. masalah dia gaduh guna phone

pastu gaduh dalam ofis nie..

then kuat la pulak tu.. abis.. segala bagai keluar

hmmm... pi la.. cari kat tempat lain nak gaduh.. buat malu.. je

yang but oh jadi OH!!! PENING!!!.. mamat tu belakang aku je..

3/21/2013

SAKA Part 2 and terakhir


Samb SAKA Part2

So Nampaknya benda tu dah di keluarkan dari  badan adik OH. Alhamdulliah then mintak pengamal perubatan tu scan
seluruh keluarga OH.. rupa2nya ada seekor jugak cuba try akak OH. Yang lain semua ok.

Semua di scan masa tu cuma OH je x balik hari tu.. so mcm mana nie???


Benda tu pun dah di masukkan di dalam botol dan "ditutup kemas". Dalam masa 7 hari baru boleh buang..

buang dilaut or samaada di tanam.

Pandangan OH better tanam sebab kalu buang kelaut.. kang hanyut ada pulak yang buka.. kesian lak sapa yang buka tu..

so kalu nak buang ke laut better ikat dengan batu " kaw2" dgn baru campak.so benda tu x ler.. hanyut.. confirm akan tergelam..

but kalu ada ikan makan nak buat mcm mana kan..


berbalik cerita pasal "benda" tu.. Benda tu hampir meruntuh masjid adik aku.. sebelum nie diorang tinggal asing2.

seorang di tanjung malim seorang lain di johor. selama hidup berpisah ok je x ada masalah, Tetapi bila adik OH mintak
tukar masalah pun bermula..

adik OH setiap bulan bila sampai "bulan" je akan sakit mcm orang nak beranak. puas pi ke hospital.. doctor ckp sihat
and just kasi satu injection sahaja..

Masala bertambah teruk bila.. diorang mula kerap bergaduh... And setiap kali gaduh mintak diruntuhkan masjid.. dari
cerita yang OH dengar banyak kali jugak la.. adik OH mintak.. nasib si suami seorang yang sabar....

Now.. Alhamdullilah semua dah selesai. Ini semua Bantuan dari Allah. Kami hanya mampu berusaha and berdoa sahaja

OH: semoga perkahwinan adik OH kekal hingga ke hayat mereka

3/19/2013

Review Pasal HOT Spring

Ahad lepas OH bawa wife and anak2 pi bercuti.
lagi pun OTW ke Klang selepas kenduri Kawin anak buah kat kampung. So plan nie Wife x tahu sebab konon2nya nak buat Suprise.

Lokasi: Felda Residensi Hot Spring




Bilik lak, OH boleh kasi 4 bintang la.. Sama lebih kurang hotel yang pernah OH tido..so nie gambar2 bilik hotel. Si comel bam bam









Then lepas tu  bawa anak main air.. si abang memang seronok giler but yang adiknya tibai tido. Nak kata ramai x lah ramai sgt maybe hari nie ahad.. orang dah ramai balik..



yang kat kolam air panas tu ramai jugak beredam kaki.. but yang OH tengok ramai tunggu turn nak rebus telur kat punca air panas tu.. Tak ada gambar coz Galaxy Note 2 Wife pegang.

Harga telur 5Biji = RM6 hinggit.. So masa nak masuk Felda Residensi nie akan Terpampang perkataan

"Semua Jenis Telur di tak boleh di bawa masuk" but kat OH ada 2 biji macam mana yek

suasana memang sunyi la.. maklum la.. ladang kelapa sawit. Tempat memang best...jauh dari jalan besar... and kawasan hijau je.

mari tengok permandangan sekitar resort





kat sini jugak ada 2 batang bola.. so jika nak buat family day memang bagus jugak

So untuk dinner nie yang kami beranak makan. Harga lebih kurang je kalu korang makan kat Nandos, pizza hut or mana2 western food.

Ini OH punya


nie my wife order


nie pula my hero order.. tak makan pun.. OH jugak yang abiskan..




Pukul 11 semua dah tido....

OH: Esok post pasal mengimbau kenangan dating

Oh! Pening Baru tahu adik aku ada SAKA..

Baru dapat Bercakap dgn adik OH..

Cerita dia macam nie

Adik OH nie perempuan.. Setiap bulan selalu je sakit perut. Dah pi check di segala hospital pakar..
Jawapan sama.. Sihat Je

Ahad lepas Adik OH ada pi jumpa kawan abang ipar OH. Kawan abang ipar OH nie merupakan salah seorang anak murid Ustaz Harun Din.

Then masa berubat tu baru la.. dapat tau yang SAKA nie dah berdamping dgn adik OH masa Mak OH mengandungkan dia lagi..

so selama 28 Tahun SAKA tu dah ada dalam badan adik OH. Yang bertambah kesian SAKA tersebut jugak ada di dalam badan anak Perempuan dia yang berumur 2 Tahun..

Cerita dari Mak OH pulak. Cakap Dah buang dulu dah.. bertahun2 dah.. but x tau macam mana benda nie boleh ada lagi..

Maybe Mak pun tak tahu yang benda nie dah masuk ke dalam Badan Adik OH..

Malam nie akan berubat untuk keluarkan SAKA tersebut dari Badan Mak , Adik and Anak Buah OH.

Sama2 kita berdoa kepada Allah. Kerana Allah sahaja yang mampu melakukanNya.....

OH: Ya Allah Selamatkan keluarga OH dari Syaitan and orang jahat...

3/13/2013

Sambungan Kisah Pokok Tumbang

So sebelum balik.. Sempat gak aku snap beberapa keping gambar kereta yang di hempap oleh Pokok

Kesian tuan punya kereta


Cermin Belakang keta pecah


Dua2 cermin pintu depan and belakang pun pecah jugak



Plat Kereta BLL. ehm Kereta baru lagi nie..




Kepada tuan punya kereta.. Sabar je la..








3/12/2013

Oh! Pening: Kak Nor Belum Response lagi

Kali nie OH nak cerita pasal JV beli Silver.

 Kenapa OH buat JV.??

Sebab OH kekurangan modal.. he he.. Ada satu customer nak let go silver nye.. but nie.. tengah bulan so aku x cukup la.. nak grab silver tu.

Tu yang tercetus nak buat JV. Then Setelah memceritakan pasal silver and, mcm mana boleh untung and itu ini.. nampaknya ada satu member aku nie berminat nak JV.

so mari kita kira sama2

Item yang customer tu nak let go

1kilo x 1 bar

500g x 1 bar

10g x 15 bar

5g x 15 bar

total harga mengikut harga buy back lebih kurang RM5744. Then bila OH bagitau current price, akak tu cakap akan bagi jawapan dalam masa 1 minggu.. Hope Harga x  naik mendadak dah ler...

Kenapa OH berani nak beli silver nie sebab 1 kilo and 500g tu dah jadi rare sebab company dah x keluarkan dah product tu.. so memang ramai yang berminat nak dapatkan.

so satu peluang untuk OH menjual kepada yang berminat untuk membuat koleksi

Berapa keuntungan yang boleh dapat.
Setelah tolak kos masa, tenaga and pos. OH boleh congak lebih kurang RM1000. paling cikai pun dalam RM700.

RM700-1000 dalam masa 1 bulan. modal lebih kurang RM2850 seorang. keuntungan bersih seorang boleh dapat RM350-RM500. so bagi OH sesuatu yang berbaloi..

500/2850* 100= 17%. dalam masa satu bulan.

mana nak cari pelaburan macam nie..

OH: My partner JV.. tunggu la kalu betul rezeki kita.. Akak tu akan contact aku..


Kejadian Pokok Tumbang

Tiba2 kat ofis OH nie bising pasal ada pokok tumbang..

 Katanya hempap 2 kereta. so sebab OH tengah mengantuk sebab x ada kerja nak buat.. so pi la.. melawat kawasan kejadian

mari kite tengok sama2


semua nie nak tangkap gambar je.. bukan owner kereta pun


Adoi.. mamat korea nie..  ada je dalam gambar


tu dia Viva.. entah la berapa riban cost nak baiki.. 

OH: Kes macam nie boleh claim insurance tak??



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...