1/21/2014

Adakah Harga akan Jatuh..

OH bukan pakar hartanah. Rumah pun ada sebijik je..

Sebab apa OH rasa akan jatuh, sebab Kes nie macam kes EMAS. 

Dulu bila time emas tengah naik.. kat mana2 orang cerita pasal emas.. La nie semua orang dok cerita pasal Hartanah. Seminar sana, sini pasal cerita keuntungan dari hartanah.

But mcm OH cakap la.. OH bukan pakar nak cerita pasal nie.. cuba rasa2 je.. takut kes emas.. So sapa2 yang ada $$$. maybe boleh hold duit tu dalam 2-3 tahun. Mana tau.. Harga Rumah jatuh.. masa tu la.. sesuai nak membeli

Ini Petikan dari Utusan Malaysia



Malaysia berdepan kemelut sektor hartanah

Oleh FADZIL ZAINOL ARIFFIN
ekonomi@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 19 Jan. - Akibat permainan spekulator, Kuala Lumpur dan bandar sekitarnya hanya berada di tempat ke-14 dalam senarai lokasi pelaburan terbaik sektor hartanah bagi rantau Asia Pasifik untuk tahun ini, ekoran lebihan penawaran hartanah.

Hasil kajian firma penyelidikan PricewaterhouseCoopers (PwC) mendapati keadaan itu telah menyebabkan prospek pelaburan hartanah di Lembah Klang kurang menarik, sekali gus kedudukannya merosot berbanding tempat kelima pada tahun lalu.

Antara maklumat daripada kajian oleh firma itu mendedahkan hanya 18 peratus ruang pejabat di Lembah Klang dipenuhi ketika ini berbanding 20 peratus pada 2012.

Malah, premis pusat beli-belah juga telah terlebih bina selain reka bentuknya yang agak ketinggalan zaman.

Dalam senarai tersebut bandar-bandar utama yang berada di atas Kuala Lumpur mengikut turutan ialah Tokyo, Shanghai, Jakarta, Manila, Sydney, Guangzhou, Singapura, Beijing, Osaka, Shenzhen, Bangkok, pinggir bandar di China dan Melbourne.

Kajian itu turut memetik seorang penganalisis hartanah serantau yang menyatakan, lebihan penawaran itu berlaku akibat jangkaan spekulator bahawa Kuala Lumpur merupakan lokasi pelaburan hartanah terbaik beberapa tahun lalu.

Jangkaan itu sedikit sebanyak telah mendorong satu persatu pemaju menjalankan pelbagai projek hartanah sama ada kediaman, pejabat serta pusat beli-belah dengan harapan adanya permintaan yang tinggi.

"Sebelum ini, memang benar permintaan hartanah cukup tinggi, namun akibat permainan spekulator bilangan unit-unit hartanah menjadi lebihan.

"Malah, di kawasan bukan tumpuan pun kediaman termasuk jenis mewah telah terlebih bina. Akhirnya, pemaju-pemaju menjual produk hartanah masing-masing kepada pelabur asing bagi meraih pulangan," kata penganalisis itu.

Laporan lain mendakwa walaupun berlaku lebihan penawaran, beberapa projek hartanah terus dijalankan sekali gus mewujudkan risiko sama ada unit-unit yang dibina itu mampu disewakan.

Tujuan sebenar kajian oleh PwC itu adalah untuk memberi idea pelaburan kepada pelabur-pelabur hartanah antarabangsa mengenai pulangan yang mampu diraih oleh mereka, dan bukannya mengenai krisis lebihan unit hartanah di Kuala Lumpur.

Namun, kajian itu dapat mendedahkan kesan buruk permainan spekulator kepada sektor hartanah tempatan selama ini.

Kini, boleh dilihat betapa rasionalnya perundangan yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti harga minimum RM1 juta untuk pembelian hartanah oleh warga asing serta Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) bagi membendung aktiviti spekulator.

Mengikut laporan sebelum ini, beberapa kawasan tumpuan di Medini, Iskandar Malaysia dikatakan mendapat pengecualian RPGT dan harga minimum pembeli asing, memandangkan pembangunan di kawasan itu masih di peringkat awal.

Namun, kajian oleh PwC ini penting sebagai rujukan kepada Iskandar Malaysia, supaya pada akhirnya tidak hanya dipenuhi dengan 'gajah putih'.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140120/ek_02/Malaysia-berdepan-kemelut-sektor-hartanah#ixzz2r1u5wlev 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...