8/18/2013

Cara kurangkan duit untuk Account Kecemasan

Selamat Hari Raya..

Nie baru Raya ke 10. so masih ada 20 hari lagi untuk sapa2 nak buat puasa 6.

Kali ni OH nak cerita macam mana nak kurangkan duit dalam account kecemasan or boleh terus dapat duit untuk acct kecemasan.  Ini hanya sebagai contoh and contoh nie sesuai untuk sapa2 yang dah beli rumah..

nie contoh pengiraan untuk acct kecemasa. OH kasi nama en Mansor..

Kereta = RM700
Rumah = RM1000
Loan2 = RM500
Bil2= RM250
anak= RM500
Insurance = RM500
lain2 = RM250
--------------------------
Total untuk acct Kecemasan En Mansor = RM3700

So kalu nak buat 3 bulan = RM11100

kalu 6 bulan = RM22200

ehmm banyak tu.. kita ambek yang 3 bulan sudah.Itu pun susah nak kumpul untuk 3 bulan. So kat sini OH tunjuk salah satu cara yang kita boleh kurangkan dari RM3700 kepada RM2700.

jadi untuk 3 bulan = RM8100

Macam mana cara dia. Macam OH dah bagi tau kat atas tadi. ini untuk sapa2 yang dah beli rumah.. yang x ada rumah lagi boleh abaikan cara nie..

Untuk maklumat korang semua dalam kwsp ada 2 cara pengeluaran untuk Acct 2:
1. Beli/Bina rumah Pertama
2. Ansuran Bulanan Pinjaman perumahan

Korang tahukan bila korang beli rumah korang layak untuk keluarkan duit dari kwsp untuk Acct 2.
kalu yang dah kerja bertahun2 sure dah banyak.

nie contoh OH keluarkan masa beli rumah dulu.




Nah now korang ada RM10K. kalu kita kira tadi untuk 3 bulan RM11100. just perlu tambah 1100 je. korang dah ada acct kecemasan untuk 3 bulan.

but OH punya tak sempat jadi duit acct kecemasan sebab dah burn buat modal nak beli barang2 masuk rumah. itu pun x cukup siap keluarkan duit saving and project lagi RM20K. he he he

Ok  nie lak cara nak kurangkan acct kecemasan.
Korang sebenarnya layak untuk keluarkan  balance duit dalam acct 2 untuk bayaran ansuran rumah korang tu. So dari situ la korang boleh kurangkan jumlah acct kecemasa, contoh En Mansur kalu dia gunakan cara nie total untuk 3 bulan cuma RM8100 je..

nie contoh OH punya. Tak banyak pun..


Untuk pengeluran nie korang boleh setkan berapa banyak yang korang nak keluarkan.
Contoh OH nak keluarkan RM12K untuk 12 bulan. So every month kwsp akan credit RM1K dalam acct OH la.. selama 12 bulan. Lepas tu kalu korang nak keluarkan lagi kena apply baru.

Bagi OH duit kwsp untuk acct 2 nie khas guna untuk kecemasan sahaja. Katakan korang betul2 x ada job. or ekonomi down. katakan ansuran bulan rumah RM1K per month. Nah.. dgn Acct 2 nie korang boleh selamatkan rumah korang selama 2 tahun. Korang x perlu pening kepala nak fikir nak cari duit bulan2 nak bayar ansuran rumah sebab korang dah ada duit yang mampu cover selama 2 tahun.

Satu peringatan OH. Jangan dijoli duit acct 2 nie sudah.. setkan kan sebagai kecemasan sahaja. kita x tahu apa kan jadi pada masa hadapan

Nama & watak dalam artikel nie hanya rekaan semata-mata. dia kena mengena dgn sesiapa pun...

OH: Bulan nie acct kecemasan OH burn RM1.7K. raya punya pasal. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...