7/25/2013

Akaun Kecemasan Part 4: Wajib Simpan Emas

Salam semua

Kita sambung lagi untuk Akaun kecemasan. Satu lagi logam yang berharga selain silver. Rasanya semua orang tau benda apa. Yes emas...

So untuk EMAS nie OH plan nak kumpul sampai RM5K. Untuk sementara nie OH hanya mampu beli 2g Gold Bar je. Masa beli harga RM300. so kira 1 g = RM150.

Kenapa OH simpan emas. Sebenarnya sama je penerangan part 3. Korang boleh baca yang part 3 tu. itu la sebab OH simpan EMAS sebagai salah satu Item dalam Akaun Kecemasan

Lagi pun kalu korang baca tafsir Al-Quran nie Allah ada sebut pasal EMAS. malah di dalam surga pun nnt ada emas..


Kepada korang yang rasa nak kumpul EMAS boleh la beli sekrang sebab harga emas tengah jatuh teruk nie.. tak sama macam tahun 2012 dulu 1 oz = USD1800 now 1oz= USD1300 je.

OH: Mampu ke nak kumpul RM5K untuk beli emas nie....

7/22/2013

OH! PENING!!! : Pasal Campak Mayat kat Kawasan Perumahan OH nie

Adoi.. abis tercemar kawasan perumahan OH pasal kes nie... dah la.. dulu kawasan nie tercemar dengan asap kilang.. (Nasib kilang dah tutup).. nie main campak2 lak orang dalam kolam.

Lepas nie rasanya dah tak ada orang nak memancing kat kolam tu sebab mesti ikan2 tu dah makan sikit isi si mayat tu ha ha ha..

lepas nie tak boleh balik malam2 dah la.. huhuhu

KLANG: Mayat seorang lelaki yang dipercayai mangsa bunuh dijumpai terapung di dalam tasik berhampiran kawasan perumahan Aman Perdana, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata mayat dengan kesan tetakan itu ditemui orang awam pada jam 9.45 pagi sebelum memaklumkan penemuan kepada polis.
"Tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan siasatan awal mendapati beberapa kesan kelaran pada mayat termasuk di leher, kaki dan pergelangan tangannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya polis juga mendapati ada kesan hentakan pada kepala mangsa selain tanda-tanda pergelutan.


Polis percaya mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an ini diculik di kawasan lain sebelum dibawa ke lokasi kejadian dan berlaku pergaduhan sebelum dia dibunuh dan dicampak ke dalam tasik, katanya.


"Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk dibedah siasat dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat ASP Chua di talian 019-3193193," katanya. - Bernama

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mayatlelakidijumpaiterapungdalamtasik/MA/Article/index_html

7/20/2013

Tamak atau Rezeki dari Allah

Yes.... mana satu yang OH perlu pilih. Adakah Tamak atau ini rezeki dari Allah yang maha berkuasa.

Kes nie macam nie.. Sebelum nie OH dah berkerja kat 3 company yang berlainan secara serentak. 

Pagi company A
petang Company B
and Weekend company C

yang terbaru OH di offer satu lagi job Part time Company D. But nie sebagai backup plan sebab staff dia tengah sakit. Sebab kerja  yang di tawarkan merupakan pekerjaan yang OH suka so OH terima.

Persoalan sekrang adakah OH terlalu tamak atau ini Merupakan Rezeki dari Allah.??


OH: Anggap ini rezeki Dari Allah. Duit tu boleh Bayar zakat and sedekah

7/15/2013

Akaun Kecemasan Part 3: Jadikan Silver sebagai Simpanan and Pelindungan

Selamat berpuasa

Macam OH cakap hari tuu OH akan post pasal  silver.

Sebelum tu. untuk SIlver nie OH dah setkan RM2K untuk membeli silver sebagai Akaun kecemasan

so nie Silver yang OH beli mlm tadi RM87 sekeping so OH beli 6 keping = RM522.



esok ada lagi silver 1 oz.. belum sampai sebab seller baru pos.
harga OH dapat RM77 sekeping je..
untuk Silver nie target OH RM2K. but nie pun x yah terburu2. lagi pun duit x ada pun.. nak beli he he he.. cukup la..beli dgn kadar yang termampu..



Soalan Mengapa OH jadikan SIlver sebagai salah satu Item untuk Akaun Kecemasan

1. Sebab Silver nie merupakan wang sebenar selain emas.

2. Harga silver yang murah sekarang nie...

3. Senang nak cairkan ( cairkan kat sini bukan lebur kat api but nak jual semula) Tentu korang kata betul ke..

yup bagi OH betul2 tambahkan kalu korang beli dari Company. leh jual semula sebab diorang ada "Buy Back"

or nak senang boleh masuk mana2 group fb. rasanya banyak dah group yang membuat urusan jual beli perak nie


4. Nilai Silver yang akan naik untuk tahun2 yang mendatang. Tak percaya korang boleh google. 10 dirham PG, kalu tak salah OH dalam tahun nie harga mencecah

RM 140 sekeping. OH beli RM87 sekeping rasa kenaikan dalam 35%. mungkin ada yang berkata, sekrang harga tengah jatuh.. rugi ada la.. pada OH sekali kita pegang and tak jual silver tu tak rugi pun..

5. Kalis inflasi.. Cuba korang simpan RM522 dalam bank.. dgn kadar inflasi yang mulai nak naik nie duit kita semakin susut nilai. so Silver nie la sebagai penyelamat korang..

6. akan ada perasan sayang bila nak jual semula.tak percaya lagi cuba beli dulu.. then simpan dalam sebulan. then cuba jual blk.. confirm korang rasa malas nak jua
sebab nak kena pos la ini la.. ha kan kat sini dah selematkan duit korang.. Tak la macam duit kertas tu.. selagi ada selagi tu rasa nak belanja je.. bukan!!!


7. Boleh bayar zakat... Nie la.. sebenarnya yang paling bagus.. sebab korang akan dapat pahala and rezeki akan bertambah2, hati senang, sebab bila korang ada 595g silver
dah kena bayar zakat.

boleh rujuk web nie...

http://www.e-zakat.com.my/zakat-harta/zakat-emas-perak/


atas sebab2 kat atas tu OH beli silver sebagai salah satu ITEM dalam akaun kecemasan OH. Mesti korang tanya nape tak beli emas.. he he. emas pun ada.. tunggu next post

7/14/2013

Oh Pening !!! : rugi tak dapat pi Pameran Hartanah

OH!!! PENING!!! itu la yang dapat OH bagi tau.. bukan apa dah plan nak pi Pameran hartanah kat Setia Alam tu.

ye la.. Sebab dekat dengan rumah. Coz selama2 nie kebanyakkan pameran hartanah diorang buat kat Mid valley or PWTC. kalu nak pi sana memang la malas. dgn jam tak hinggat.... pastu nak parking lagi.. better x pi la kot.

So kali nie ada pameran hartanah kat kawasan OH. memang beria2 nak pi. but apa kah daya.. kena kerja la.. weekend nie.. coz seorang staff balik INDIA. Maklum la.. kerja dgn company India..

Maknanye terlepas la. peluang nak tengok2 kawasan perumahan yang baru and nak tau gak harga semasa rumah  kat Malaysia nie..

Kepada sesiapa yang nak beli rumah or cari rumah boleh la ke Pameran Hartanah Setia Alam. Cari je Mall Setia Alam nnt kan jumpa la tempat tu

OH: Bila boleh beli second rumah nie

7/13/2013

Cheque jadi Kepingan Silver


Dapat Cheque claim millage. So duit nie  OH plan masukkan ke dalam Acct Kecemasan. la ya nak kumpul 12K tu. entah bila boleh terkumpul.

so Cheque nie OH akan tukarkan menjadikan kepingan silver. Sebab Silver merupakan salah satu item untuk  Akaun kecemasanan yang bernilai RM12K



OH akan cerita pasal silver nie dalam Acct kecemsan part 3 Sebab  silver tu belum dapat lagi so x leh nak update dalam post nnt

OH: Menunggu duit  Raya.. hope dapat bulan nie..

7/11/2013

Akaun Kecemasan Part 2: Berapa Banyak Perlu Simpan dalam Acct Semasa/Simpanan

Post sebelum nie OH dah pilih OCBC bank sebagai Acct kecemasan. Kali nie nak cerita berapa banyak yang perlu di simpanan di dalam account tersebut

Plan OH untuk Acct kecemasan nie dalam RM10-12K. plan untuk 3 bulan. kena ada target.. dulu.. kalu dah cukup target baru target untuk 6 bulan

So 12K tu OH hanya akan simpan RM3K sahaja dalam Acct OCBC. Kenapa RM3K. and kenapa bukan 12K.

Ada sebabnya..Kenapa bukan RM12K,

Rugi sebab Akaun semasa/simpanan tidak memberi keuntungan untuk jaga panjang. dengan kadar faedah yang terlalu rendah x berbaloi rasanya simpan 12K. korang boleh google sendiri berapa % bank kasi kat korang untuk setahun

Mesti korang Cakap: Kenapa tak simpan dalam ASB ( ayat orang melayu)

Korang kena faham balik fungsi Akaun kecemasan nie.. nama pun kecemasan. jika korang simpan dalam ASB. and tiba2 berlaku sesuatu pada hari sabtu/ahad.  rasa2 korang boleh keluarkan duit tak dalam ASB tu.
Sebab tu korang perlukan satu account yang korang boleh access bila2 masa and tak kira di mana.. janji ada  mesin ATM.

RM3K dalam Acct OH rasa dah cukup jika sesuatu berlaku. Katakan tiba2 kena admit wad, kalu ada sesiapa yang ada insurance medical card lagi la tak perlu RM3K.  hanya 3 ratus je dah boleh admit. lepas tu insurance akan cover and plus duit duduk hospital. But incase tak ada medical card RM3K OH rasa cukup untuk cover jika admit Hospital swasta.

But RM3K hanya cadangan OH. terpulang pada korang semua.. RM3K kena plan2 kayuh la.. setiap bulan RM200 pun jadi la.. lama2 terkumpul jugak RM3K walaupun bertahun.. Next post RM9K plan nak letak kat???

OH:  Masih Menunggu RM3K  daripada LHDN

7/09/2013

Akaun Kecemasan Part 1: Nak Guna Acct Bank Mana

Ok. Macam OH cerita dulu akan cerita pasala Akaun kecemasan. Benda apa Akuan kecemasan nie.. korang boleh google. nak tau lebih detail. dia lebih kurang duit nie hanya guna bila betul2 kecemasan sahaja.

Contoh korang diberhentikan kerja, mana tau tiba2 ekonomi merudum. sapa yang boleh jangka. So dalam masa korang tak kerja macam mana korang nak bayar bil2 or hutang2 korang tu. Dgn ada nya akaun kecemasan nie boleh la support korang dalam masa 3 bulan.

Berapa bulan nak kena ada. terpulang, but paling rendah 3 bulan and paling tinggi 1 tahun.

Sebelum korang wujudkan acct kecemasan nie korang kena kira la dulu tanggungan korang,

contoh mcm nie. ini hanya la contoh yek..

Kereta : RM1037
rumah :  RM1340
Loan :  RM 990
Insurance: RM 700
CC: RM 300
Bil2: RM200
Keperluan anak  Susu + pampers = RM250

 total : RM4817  ho ho ho giler per.. sekali lagi ini hanya la..contoh yek..

So kalu untuk 3 bulan = RM14451. In case apa2 berlaku korang boleh hidup 3 bulan lepas tu kena la jual semua kereta, rumah jgn jual diri sudah....

Ok Berbalik tajuk kita: Nak guna Acct Bank Mana
Cadangan OH guna acct yang x ada kena mengena dgn apa2.
nie OH punya acct

CIMB: bayar kereta
MAYBANK: bayar Bil2, insurance
BANK ISLAM: bayar kereta
BANK RAKYAT: Pajak Emas
BANK ARGO: Pajak Emas
PUBLIC BANK: Bayar Rumah
OCBC BANK: Tak guna untuk apa2

So OH Plan Nak guna acct dalam OCBC bank untuk buat wujudkan Acct kecemasan.



Berapa Banyak kena simpan, kita sambung part 2

OH: Mana nak cari duit untuk 3 bulan simpanan



7/08/2013

Terminate Streamyx

Salam Semua

Kali nie nak pasal terminate streamyx.

OH start guna masa mula2 kerja kat salah satu company Insuranse. Gambar "Singa". Kalu  tak salah kat Malaysia nie ada 2 company insurance gambar "Singa". Yang seekor berdiri and seekor lagi duduk.

hmmm.. Abaikan. berbalik pasal streamyx. mula apply guna tahun 2008. Sebab kena support. masa tu ambek 384K broadband unlimited RM60 sebulan.. kalu nak bandingkan dgn sekrang memang jauh beza la..

Then tak lama tu TM buat offer, Super8. Kalu sapa2 ingat la.. upgrade jadi 512K tambah RM8 je dalam bil.. So OH pun upgrade.

Tahun 2011. OH Pindah dari Puchong pi Klang.,. Beli rumah sendiri.. So Streamyx pun kena move sekali la.. So pi la.. cawangan TM kat Klang.. dekat Klang Prade.

Hati mula panas bila staff situ cakap nak move  boleh buat package SUPER 8 dah x ada. kena guna balik 384K.. Apa nie.. adoi.. dah la.. sekrang zaman IT. kalu 5 tahun lepas boleh la.. 384K nak Surf apa..

But alang2 dah kat TM malas nak ulang alik.. Ok la.. proceed la dengan 384K...

2 bulan kemudian ada staff TM tanya nak upgrade ke UNIFI tak.. OH cakap ok la.. boleh nak yang 4MB punya.. konon nak layan movie.. but lepas sebulan staff tu call balik cakap kawasan perumahan OH belum pasang cabel UNIFI.. ahhhhhhhh

Then penghujung tahun 2012. ada staff Maxis promote broadband RM58 untuk sebulan and bulan ke 6 jadi RM68. OH x fikir panjang terus grab.... sebab 8GB sebulan tu wooooooo. mesti download nie.. But Streamyx masih belum potong lagi sebab maxis tu OH pakai sebab dah terbeli Galaxy note 2. Bila OH bawa maxis tu.. orang rumah x leh nak suft FB..Maklum la.. fanatic sg GB..

then biar la.. streamyx tu berjalan 4 bulan.

But bulan 5 modem rosak.. sebab malas nak call TM or beli baru.. OH pun terminate. Kalu korang ingat lagi.. masa nak register dulu kena bayar RM70. Entah lupa bayaran apa entah.

Cara nak terminat TM nie senang je.. Pi kat Kedai TM cakap nak terminate TM. Isi borang and tunggu no di panggil then kasi IC. itu sahaja

Cukup bulan dapat benda nie






7/06/2013

Had tempoh pinjaman peribadi: Korang rasa mcm mana?

KUALA LUMPUR 5 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menetapkan tempoh pinjaman peribadi maksimum dihadkan selama 10 tahun manakala pinjaman pembelian rumah dihadkan selama 35 tahun.

Sebelum ini, had tempoh pinjaman peribadi ialah 25 tahun manakala pinjaman pembelian rumah ialah 45 tahun.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, langkah itu bertujuan mengekang hutang isi rumah ketika ini berada pada paras 83 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Katanya, paras tersebut adalah yang tertinggi di Asia daripada kalangan negara-negara ekonomi berkembang pesat. Malah meningkat 12 peratus daripada 70 peratus pada 2009.

Selain memendekkan had tempoh pinjaman peribadi dan pembelian aset, larangan turut dikenakan bagi menawarkan produk pembiayaan peribadi yang diluluskan terlebih dahulu.

"Langkah yang berkuatkuasa serta-merta bagi melengkapkan langkah terdahulu yang dilaksanakan sejak tahun 2010 untuk mengawal perbelanjaan isi rumah.

"Isi rumah perlu memikirkan kemampuan mereka sebelum berbelanja. Sebagai contoh, jika tidak mampu membeli rumah, mereka boleh menyewa.

"Malah terdapat pinjaman peribadi dilakukan semata-mata bagi menanggung kos perkahwinan yang tinggi," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun, had bagi tempoh pembiayaan itu tidak melibatkan permohonan yang dibuat sebelum hari ini.

Langkah ini dilaksanakan menurut seksyen 31(1)(a) Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan terpakai pada semua institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM, serta koperasi kredit yang di bawah kawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia, dan Malaysia Building Society Bhd. dan AEON Credit Service (M) Bhd.

Sehingga Mac 2013, hutang isi rumah Malaysia berjumlah RM784 bilion yang mana 44.6 peratus daripadanya merupakan hutang membeli kediaman.

Diikuti hutang membeli kenderaan (17.6 peratus) dan pinjaman peribadi (16.8 peratus).

Tambah Zeti Akhtar, langkah itu tidak dilihat menjejaskan permintaan domestik yang selama ini pendorong utama pertumbuhan ekonomi negara.

"Ekonomi negara sepatutnya disokong oleh peningkatan pendapatan serta kadar pengangguran yang rendah," katanya.

Gabenor itu berkata, perbincangan mengenai had baharu pinjaman tersebut telah dibincangkan dengan perbankan dan pemberi kredit tempatan, dan mereka menyokong langkah berkenaan dalam usaha mengawal hutang isi rumah negara.

Bagi menambah baik pengurusan hutang yang bertanggungjawab oleh isi rumah, BNM akan mempergiat usahanya dalam menyediakan pendidikan kewangan kepada semua segmen masyarakat, termasuk mereka yang masih muda dan peminjam kali pertama daripada institusi kewangan.

Di samping itu, rangka kerja perlindungan pengguna akan terus diperkukuh di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam.


sumber: utusan.com.my
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130706/ek_01/Had-tempoh-pinjaman-peribadi#ixzz2YCbrjrTo

Pameran Hartanah Kat Kawasan Perumahan OH

Kepada mana yang berminat nak tengok2 or nak beli rumah boleh la datang kat Setia City Mall (Setia Alam)

12-14 July nnt. Mana tau ada rumah yang berkenanan di hati.. but OH rasa harga pun boleh tahan gak

Insya Allah OH akan pi.. sebab dekat sangat.. Nnt akan di upload suasana kat event tu




7/04/2013

Penantian 2 bulan dah berakhir

lepas je hantar anak terus bergegas pi Bangi sebab nak collect "CEK"

lama jugak dok menunggu cek nie. last week pihak berkenaan call cakap dah boleh collect. Lebih 2 bulan wooooooooooo baru dapat

banyak tu x lak banyak.. but boleh bayar kereta Lancer Oren OH untuk 3 bulan

So plan duit nie akan masuk dalam Akaun Kecemasan.

Orang cakap Akaun kecemasan nie kena 3-6 bulan.

macam OH satu bulan 4K kalu 3 bulan 12K /6 bulan 24K
agak2 la.. mana nak cari duit banyak tu

So untuk Akaun Kecemasan nie Target OH Hanya RM10K je.
Ingat post akan datang OH cerita pasal akaun Kecemasan yang OH nak buat nie.

apa2 hal.. layan dulu gambar kat bawah nie.. Rezeki Dari Allah


OH: Pening fikir nak collect 10K dalam masa 2 bulan

7/03/2013

Maybank yang slow

OH x tau la.. kalu OH je yang perasaan. dalam seminggu dua nie sapa2 yang masuk web maybank mesti face macam2 problem

contoh nie.. 9,30 PM 3/7/2013


then bila taip lagi sekali www.maybank2u.com.my dapat mcm nie lak.lama gak tu.. rasa2 5 minit




bila dah keluar nak click login dapat nie lak



apa sudah jadi dengan Maybank nie... dah la merupakan salah satu bank utama kat Malaysia kan.. hmmm. Sapa2 yang kerja maybank tu tolong la tengokkan. 

Macam kami nie.. awal2 bulan la nak bayar itu bayar ini.. but kalu system down.. boleh sakit jiwa.. OH rasa ada yang terkeluar @#$#$%#. 

OH:  Pening !!! today kena bayar duit kereta Lancer Oren OH... Maybank lak buat hal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...